SPR akan putuskan kelonggaran SOP hari mengundi: Hisham

November 17, 2021 · Isu semasa

Terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, seperti membenarkan penyokong membawa bendera parti, kata Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bagaimanapun Hishammuddin berkata sebagai jentera parti, adalah penting untuk setiap parti memastikan semua SOP dipatuhi bagi mengelak sebarang risiko, lapor Bernama.

“Itu kena tanya SPR, perjalanan hari membuang undi berada di bawah tangungjawab mereka. Sebagai jentera parti, kita perlu yakinkan rakyat keluar tunaikan tanggungjawab mereka,” kata beliau.

Terdahulu, Hishammuddin yang mengetuai pengurusan pandemik Covid-19 di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Melaka hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah kerajaan mempunyai perancangan melonggarkan SOP PRN Melaka yang ketat, termasuklah membenarkan penyokong membawa bendera lambang parti seperti kebiasaan.

Dalam pada itu Hishammuddin yang juga Menteri Kanan Pertahanan berkata pada undi awal semalam seramai 8,332 atau 91.3 peratus anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), telah menunaikan tanggungjawab mereka.

Katanya proses mengundi awal di kesemua lokasi termasuk di kem-kem ATM di Melaka berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Melalui maklum balas yang saya terima, pematuhan SOP pembuangan undi yang telah ditetapkan oleh pihak SPR, berada pada tahap yang baik,” katanya.

Hishammuddin juga mengucapkan terima kasih kepada anggota tentera yang telah mengundi dan berharap suasana tenang dan tahap pematuhan SOP seperti hari undi awal semalam, dapat dikekalkan sepanjang tempoh berkempen yang hanya berbaki dua hari sahaja lagi.

“Lebih penting, dapat dikekalkan pada hari pembuangan undi pada 20 Nov nanti. Insya-Allah,” katanya.

SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Melaka mempunyai 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seramai 495,195 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus, wanita.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
December 1, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jelapang padi negara : Kedah ‘diarah’ jadi negeri miskin, dakwa Sanusi
May 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok