PN dijangka umum calon Ketua Menteri esok: Hamzah

November 17, 2021 · Politik

Dijangkakan esok Perikatan Nasional (PN) bakal mengumumkan Ketua Menteri Melaka sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri pada 20 November ini, kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin lapor Bernama.

Setakat ini hanya PN yang masih belum mengumumkan calon Ketua Menteri yang akan dilantik sekiranya berjaya membentuk kerajaan negeri.

Barisan Nasional (BN) sebelum ini mengumumkan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai calon Ketua Menteri manakala Pakatan Harapan (PH) pula menamakan Adly Zahari yang juga bekas Ketua Menteri sebelum ini.

Terdahulu, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang medianya berkata, calon bagi jawatan Ketua Menteri Melaka akan dipilih daripada Bersatu.

Muhyiddin berkata, PN akan mengumumkan nama calon berkenaan beberapa hari sebelum hari pengundian pada 20 Nov.

Selain calon Bersatu, PN juga diwakili PAS dan Gerakan, pada PRN Melaka.

“Mengambil kira Bersatu yang mempunyai jumlah calon terbanyak, jawatan berkenaan akan diberikan kepada seorang daripada Bersatu,” katanya.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim
July 7, 2023
Hapus hutang dan sukuk adalah lain, Muhyiddin beritahu kepada PMX yang tak faham
July 9, 2023
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok