Dana RM32.9 juta sudah disalur kepada waris mangsa Covid-19

November 15, 2021 · Isu semasa

Sebanyak RM32.9 juta dana kerajaan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sudah disalurkan kepada waris mangsa yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Bantuan bernilai RM32.9 juta itu sudah diterima seramai 6,584 waris memohon bantuan secara sekali bayar RM5,000, di bawah Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 setakat 1 November lalu.

“Sebanyak RM32.9 juta dibelanjakan bagi waris yang memohon. Walaupun kita maklum jangkaan kematian ini akan terus berlaku, setakat ini kira-kira 30,000 sudah meninggal dunia yang dikaitkan dengan Covid-19.

“Waris perlu memohon dengan dokumen yang lengkap dan saya sendiri pergi ke pejabat yang menguruskan proses serta berpuas hati dengan proses berkenaan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad di Dewan Rakyat hari ini.

Waris kepada individu yang meninggal dunia akibat Covid-19 boleh membuat permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 sebanyak RM5,000.

NADMA memaklumkan bantuan wang tunai secara sekali bayaran itu akan diberikan kepada waris yang memenuhi syarat ditetapkan.

Bagaimanapun, NADMA berkata bantuan itu hanya layak kepada warganegara Malaysia yang menetap di negara ini.

Sebelum ini, Tabung Covid-19 NADMA diwujudkan pada 11 Mac tahun lalu bagi memberi bantuan khas sebanyak RM100 sehari.

Bantuan khas berkenaan diberikan kepada rakyat Malaysia yang bekerja atau berniaga di negara ini namun kehilangan pendapatan atau tidak dibayar gaji berikutan dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan KKM untuk merawat Covid-19.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
18 jam lalu· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok