Najib, Rosmah tak hadir periksa 11,991 unit barang kemas

November 8, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa wakil syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL dari Lubnan telah memeriksa secara fizikal ke atas 11,991 unit barang kemas yang disimpan di bilik kebal Bank Negara Malaysia (BNM).

Barang kemas itu antara pelbagai barangan yang disita polis dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences pada Mei 2018, yang didakwa berkaitan dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bernama melaporkan perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin hari ini.

“Dalam prosiding hari ini, pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa peguam dan wakil syarikat Global Royalty hadir untuk menjalankan pemeriksaan secara fizikal bermula 25 Oktober sehingga 3 November lalu.

“Namun, peguam-peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu mahkamah bahawa anak guam mereka tidak dapat hadir dan melepaskan hak (forego) untuk pemeriksaan barang kemas itu.

“Ini kerana Datin Seri Rosmah perlu ke Singapura untuk melawat anak perempuannya manakala Datuk Seri Najib terlibat dalam tugasnya di Parlimen,” kata Faten Hadni.

Sementara itu, peguam Datuk David Gurupatham yang mewakili Global Royalty berkata pemeriksaan fizikal itu dilakukan oleh ejen syarikat barang kemas tersebut, Kelvin Chai berikutan pemilik syarikat berkenaan, Samer Halimeh tidak dapat memasuki Malaysia berikutan pandemik Covid-19.

Peguam Azamuddin Abd Aziz dan Nur Syahirah Hanapiah yang mewakili Najib dan Rosmah turut mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa mahkamah telah menetapkan 22 Nov untuk pengurusan kes selanjutnya.

Najib, Rosmah dan Samer merupakan pihak ketiga ingin menuntut barang kemas, dalam permohonan lucut hak difailkan pendakwaan terhadap Obyu Holdings yang dimiliki Tan Sri Bustari Yusof.

Pada 25 Julai tahun lalu, Najib dan Rosmah telah memeriksa sebanyak 306 beg tangan, 401 jam tangan, 16 aksesori jam tangan dan 234 cermin mata yang turut disita dari premis sama.

Pada 2019, pihak pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings bagi menyita pelbagai barang termasuk 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 jam tangan aksesori, 234 pasang cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.

Wang dan barang kemas itu dirampas oleh pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dengan skandal dana 1MDB.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
3 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
3 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok