1MDB: Hakim di London benarkan Malaysia dakwa dana pelaburan Abu Dhabi

November 5, 2021 · Isu semasa

Seorang hakim di London memberi kebenaran kepada Malaysia terhadap permohonan untuk meneruskan pendakwaan terhadap dana pelaburan kerajaan Abu Dhabi yang terlibat dalam skandal berbilion dolar 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Kerajaan Malaysia mencabar penyelesaian timbang tara pada 2017 antara kedua-dua pihak di United Kingdom (UK) atas alasan syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, iaitu International Petroleum Investment Co (IPIC) dan Aabar Investments menyedari dakwaan penipuan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika perjanjian itu dicapai.

Hakim Andrew Baker pada Khamis memberikan lanjutan masa untuk dakwaan itu disampaikan dengan sewajarnya bagi membawa kes ‘luar biasa’ berkenaan ke perbicaraan penuh.

“Tidak ada keraguan tempoh lanjutan luar biasa akan diberikan, tetapi ini adalah kes yang luar biasa,” katanya dipetik laporan portal kewangan Bloomberg.

Sebaliknya, kebanyakan wang itu didakwa digelapkan oleh individu yang mempunyai kaitan dengan Najib dan dialihkan untuk rasuah.

Kes di London adalah salah satu siri siasatan undang-undang dan kawal selia di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia yang membabitkan 1MDB.

Kedua-dua pihak terbabit dalam pertikaian undang-undang di mahkamah London dengan dakwaan bahawa IPIC dan Aabar bersubahat dalam penipuan 1MBD, demikian menurut pemfailan mahkamah.

Jika berjaya dalam perbicaraan, Malaysia akan dapat meneruskan dakwaan itu dengan lebih lanjut di mahkamah.

“Keputusan ini akhirnya akan membolehkan mahkamah komersial meneliti sepenuhnya aspek penting penipuan 1MDB sebagai sebahagian daripada proses terbuka dan telus,” kata Richard Little, peguam di Eversheds Sutherland yang mewakili 1MBD dan Menteri Kewangan Malaysia.

Peguam IPIC dan Aabar Invetsments di Clifford Chance enggan mengulas.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
8 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
8 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok