49 rakyat Malaysia selamat dalam rusuhan di Sudan

November 1, 2021 · Isu semasa

Kesemua 49 rakyat Malaysia, termasuk 25 pelajar di Sudan dilaporkan berada dalam keadaan selamat susulan demonstrasi besar-besaran yang diadakan di seluruh negara tersebut pada 30 Oktober 2021, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).

Kementerian dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan seorang warganegara Malaysia telah meninggalkan Sudan pada 28 Oktober 2021, manakala 17 rakyat Malaysia dan seorang rakyat Thailand yang bekerja dengan PETRONAS masih ditempatkan secara sementara di Kediaman Rasmi Duta.

“Tiada rakyat Malaysia yang terjejas secara langsung. Rakyat Malaysia di lokasi-lokasi lain dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan masing-masing,” menurut kenyataan itu lapor Bernama.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Sudan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia, atau Wisma Putra menerusi saluran-saluran berikut:

Kedutaan Malaysia di Khartoum: +249 99 070 0350

E-mel : [email protected]

Media sosial : @Malawakil, Khartoum (Facebook)@MYEmbKhartoum (Twitter)

Wisma Putra: 03-88874201 / 4530 (waktu pejabat), 03-88874570 (selepas waktu pejabat)

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua
August 18, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
12 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok