Isu arak jenama timah, Azalina mempunyai pandangan berbeza

October 28, 2021 · Isu semasa

Walaupun pelbagai kritikan dibuat berhubung isu arak jenama tempatan ‘Timah’, Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said mempunyai pandangan berbeza yang mahu masyarakat perlu dididik supaya berfikiran lebih logik.

Bekas Timbalan Speaker itu membuat perbandingan melibatkan makanan hotdog atau coney dog yang boleh dimakan dan tidak menjadi isu, oleh itu masyarakat berfikir secara lebih logik.

“Daripada dulu, kecil-kecil kita makan hotdog, coney dog, jadi macam mana? anak saya suka makan hotdog, takkan saya kata tak boleh makan…jadi saya rasa ini penting, kita kena didik masyarakat kita memikirkan secara lebih logik,” katanya di Dewan Rakyat hari ini lapor Bernama.

Azalina berkata demikian ketika mencelah giliran Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat.

Rosol berkata sememangnya terdapat keperluan untuk melahirkan masyarakat yang matang, berhemah dan bertanggungjawab supaya tidak mengambil kesempatan atas apa sahaja isu untuk kepentingan dan keuntungan sesetengah pihak.

“Kita tidak mahu ia (isu salah tafsir nama produk) menjadi satu precedent (duluan) …lepas ini (mungkin) berlaku pula (isu) root beer. Ini tidak akan ada kesudahan,” katanya.

Sementara itu, persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 yang bertujuan meminda Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) untuk menyusun semula dan memantapkan fungsinya supaya lebih komprehensif selari dengan peredaran masa.

Akta 730 digubal antaranya untuk mengadakan peruntukan bagi menggalakkan amalan perdagangan yang baik dengan melarang perihal palsu, pernyataan, pengendalian dan amalan palsu atau mengelirukan berhubungan dengan pembekalan barang-barang dan perkhidmatan.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Popular
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok