Najib, anak dapat tangguh bayar tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion

October 21, 2021 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin mendapat penangguhan pembayaran tunggakan cukai pendapatan masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perkara itu diputuskan tiga panel hakim Mahkamah Rayuan selepas mendapati terdapat keadaan istimewa yang membolehkan pengangguhan itu dilakukan.

Tiga hakim diketuai Datuk Azizah Nawawi bersidang bersama-sama Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali serta Datuk Gunalan Muniandy sebulat suara memutuskan penangguhan berkenaan.

Bekas perdana menteri itu dan Nazifuddin memfailkan permohonan penangguhan tersebut bagi membolehkan mereka merayu terhadap keputusan mahkamah terdahulu yang menolak rayuan dua beranak itu berhubung penghakiman terus yang diperoleh Kerajaan Malaysia melalui LHDN untuk mendapatkan semula tunggakan cukai itu.

Permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan ditetapkan untuk pengurusan minggu hadapan.

Pada 25 Jun 2019, kerajaan melalui LHDN memfailkan tuntutan terhadap Najib bernilai lebih 1.69 bilion Ringgit, termasuk kadar faedah 5% setahun bermula daripada tarikh penghakiman serta kos dan relif lain.

Ekoran itu, pada 22 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai cukai tersebut kepada kerajaan Malaysia melalui sebuah penghakiman ringkas yang dimohon LHDN.

Pada 14 Jun, hakim Ahmad Bache menolak permohonan Najib untuk pengangguhan pelaksanaan tuntutan cukai tersebut mengekalkan hukuman Mahkamah Tinggi selain turut mengenakan kos mahkamah sebanyak RM15 ribu kepada defendan.

Pada 31 Mei lalu, Najib memohon untuk membatalkan notis muflis yang dikeluarkan LHDN pada 4 Februari, mendakwa ia berniat jahat, menindas dan salah guna proses mahkamah.

April lalu, Najib menyifatkan notis muflis LHDN yang diserahkan kepadanya bagai “menabur garam ke luka ketidakadilan yang masih berdarah” dan beliau menjadi “mangsa ketidakadilan”.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok