Anggota bomba rebah ketika bantu mangsa banjir meninggal dunia

October 21, 2021 · Isu semasa

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang tidak sedarkan diri selepas dibawa arus deras di Kampung Sungai Putat, meninggal dunia, awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Bakar Katain berkata, anggota terbabit Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Diya Che Jusoh, 46, disahkan meninggal ketika menerima rawatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka.

“Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 3.11 pagi tadi oleh pegawai perubatan.

“Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An-Nur Krubong, kira-kira 10 pagi nanti,” katanya lapor Berita Harian. 

Media sebelum ini melaporkan, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang tidak sedarkan diri selepas dibawa arus deras ketika membantu mangsa banjir kini bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

Beliau berkata, ketika kejadian anggota berkenaan dipercayai hilang pertimbangan susulan arus deras ketika memasang tali untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Kejadian menimpa mangsa turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengajak Keluarga Malaysia bersama-sama mendoakan Mohd Diya kembali pulih selepas tidak sedarkan diri akibat ditimpa kemalangan sewaktu menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir, petang semalam.

Berita berkaitan
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
November 29, 2023· Isu semasa
Wanita larikan bar emas ditahan polis di Melaka
November 8, 2023· Isu semasa
KL banjir: 19 mangsa tinggal di Chow Kit dipindah ke PPS
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
7 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
7 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok