KM bijak minta bubar DUN sebelum hilang majoriti, dakwa Rauf

October 18, 2021 · Politik

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mendakwa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali lebih pantas memohon supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan sebelum hilang majoriti.

Menurut bekas Speaker DUN Melaka itu tindakan itu sekali gus menunjukkan pembubaran DUN berkenaan mengikut lunas undang-undang yang betul.

“Apa juga perakuan yang dibawa termasuk writ untuk membubarkan (DUN) ianya mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan Negeri dan terserah kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam untuk membubarkan dewan mengikut Perkara 19(2) Undang-undang Tubuh Negeri Melaka.

“Mereka menyatakan tidak percaya kepada kerajaan negeri pada pukul 1.30 petang dan mungkin kebijaksanaan Ketua Menteri, beliau sudah menasihati Tun Mohd Ali yang ketika itu beliau masih berada dalam keadaan mendapat sokongan majoriti.

“Jadi terserahlah kepada mana-mana parti yang tidak berpuas hati memohon keabsahannya di peringkat mahkamah untuk diadili, tetapi PRN akan tetap berjalan,” katanya mengulas rancangan Pakatan Harapan (PH) untuk membawa isu itu ke mahkamah.

Memetik laporan media hari ini, Rauf berkata semua parti politik berhak untuk menuntut apa sahaja bentuk pembelaan kepada mahkamah dalam menghadapi suasana PRN Melaka.

“Di Malaysia ini masing-masing mempunyai hak untuk menuntut pembelaan dalam apa juga suasana termasuk mengemukakan kepada mahkamah dan mahkamah akan memutuskan samada tuntutan itu boleh diabsahkan ataupun tidak.

“Semasa hari kenyataan pembubaran DUN, warta itu telah diserahkan kepada SPR, jadi yang (patut) dipersoalkan sebenarnya ialah mereka tidak meneliti kaedah pembubaran ini,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan PRN Melaka akan diadakan dengan penamaan calon akan dilakukan 8 November, manakala pengundian awal ditetapkan 16 November dan hari mengundi pada 20 November.

Sebelum ini, Pengerus PH Melaja, Adly Zahri menegaskan pihaknya akan kekal membawa isu pembubaran DUN serta keabsahan kerajaan ‘caretaker’ ke mahkamah meskipun PRN sudah ditetapkan.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
3 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tak perlu sambung MoU dengan pembangkang yang semakin ketakutan: Zahida
March 17, 2022
PRK Kemaman buka tirai hari ini dengan penamaan calon
November 18, 2023
PRU-15 nak tunggu apa lagi, gesa Zahid kepada Ismail Sabri
March 18, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok