Covid-19: Lima negeri catat kenaikan tapi di bawah paras 500 kes

October 17, 2021 · Isu semasa

Lima negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan jumlah peningkatan jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, namun angkanya tidak melepasi 500 kes.

Berdasarkan laporan kes harian Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri di Malaysia, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Perlis dan Labuan mencatat sendikit peningkatan berbanding semalam.

Dalam tempoh 24 jam itu, Perak mencatat 461 kes baharu berbanding 307 semalam, diikuti Pulau Pinang (438 kes baharu, 411 semalam); Pahang (305 kes baharu, 302 semalam); Perlis (51 kes baharu, 30 semalam); dan Labuan (tiga kes baharu, dua semalam).

Walaupun jumlah jangkitan turun dalam tempoh itu, namun Selangor kekal merekodkan jumlah tertinggi dengan mencatat 1,035 kes berbanding 1,744 kes semalam, manakala kes di Sarawak juga turun kepada 730 hari ini berbanding 1,055 semalam.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun ke paras terendah bulan ini apabila merekodkan 6,145 kes, berbanding 7,509 yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka terbaharu itu menjadikan keseluruhan kes sejak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu kepada 2,390,687 kes.

Jumlah kes harian terendah pernah direkodkan sebelum ini adalah pada 19 Jun lalu apabila mencatatkan 5,911 kes, sebelum mula meningkat kepada 6,437 kes pada 29 Jun lalu.

Bagi bulan ini angka terendah ialah pada 11 Oktober lalu dengan catatan 6,709 jangkitan.

Sementara itu, pulau peranginan Langkawi yang dibuka semula kepada pelancong tempatan lengkap divaksinasi mulai 16 September lalu, merekodkan 31 kes baharu dalam tempoh 24 jam itu, termasuk lapan kes import B iaitu dari luar negeri Kedah.

Bagaimanapun tiada perincian lanjut sama ada lapan kes import luar negeri itu membabitkan pelancong yang berkunjung ke pulau berkenaan atau individu luar yang pulang ke kampung halaman mereka.

Menurut statistik dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi, daripada jumlah kes positif itu, 26 kes dikesan menerusi saringan kontak rapat, tiga saringan bergejala dan masing-masing satu saringan kendiri dan kluster Dah Teluk Nibung.

Secara keseluruhan sejak awal tahun lalu hingga hari ini, 5,956 jangkitan dilaporkan di Langkawi dengan 5,564 pesakit sembuh dan 75 kematian, sementara 317 kes lagi masih aktif.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok