Idris gelar bekas exco jaguh tembak babi sebagai pejuang

October 17, 2021 · Politik

Pernah berseteru pada 2019, namun gara-gara politik, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Norhizam Hassan Baktee kini menjadi rakan seperjuangan malah Idris turut menggelar Norhizam sebagai ‘pejuang’.

Idris menggelarkan Norhizam sebagai pejuang selepas melihat karakter Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semasa berlaku pertikaman lidah antara mereka tentang isu babi.

Malah Idris kata, keperibadian seseorang itu lebih penting berbanding ideologi politik dan atas alasan itu, Idris memberitahu Norhizam kini menganggap dirinya sebagai seorang “sifu”.

“Tidak ramai yang tahu karakter Norhizam bagaimana dan individu sebenar yang memulakan provokasi terhadap bekas ADUN Pengkalan Batu itu adalah saya. Jadi bila isu babi dibangkitkan, itu semua menampakkan karakter beliau sebagai seorang pejuang.

“Bagi saya, politik adalah politik. Tetapi jangan sampai kita menghina keperibadian dan jasa pemimpin lain. Bagi saya makian itu adalah perkara biasa.

“Bahkan saya pun mengikut saranan doktor untuk menyerap setiap provokasi dan makian yang dilemparkan kepada saya sepanjang menjadi orang politik.

“Mungkin atas faktor itu menyebabkan Norhizam kagum dan menganggap saya sebagai sifu beliau,” kata Idris dalam temubual bersama Sinar Harian.

Pada November 2019, berlaku perbalahan antara Idris dan Norhizam ketika bekas exco Pertanian, Pembangunan Usahawan Koperasi dan Asas Tani menjawab soalan tambahan berkaitan operasi memburu babi hutan.

Ekoran itu, Idris kemudian mencelah dan menasihatkan agar kerajaan negeri Melaka lebih sensitif untuk menjaga hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat hubungan kedua negara seperti isu babi.

Selepas kejadian itu, Norhizam sekali lagi  dikaitkan dengan “babi”. Kali ini pada Mei 2020 pula apabila beliau bertikam lidah dengan Low Chee Leong (DAP-Kota Laksamana) di DUN Melaka.

Kejadian berlaku apabila Low menggelar Norhizam sebagai pengkhianat- merujuk kepada tindakan bekas exco itu sebelum ini menjadi ADUN DAP dan kemudian menjadi ADUN Bebas yang menyokong UMNO sekali gus membawa kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
2 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tak perlu sambung MoU dengan pembangkang yang semakin ketakutan: Zahida
March 17, 2022
PRK Kemaman buka tirai hari ini dengan penamaan calon
November 18, 2023
PRU-15 nak tunggu apa lagi, gesa Zahid kepada Ismail Sabri
March 18, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok