MT UMNO kecewa audio PM, Idris, SKMM akan siasat: Zahidi

October 15, 2021 · Politik

Majlis Tertinggi (MT) UMNO kecewa susulan tindakan pihak tertentu membocorkan audio perbualan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, baru-baru ini.

Idris adalah salah seorang daripada dua ADUN UMNO yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, selain dua ADUN Bersatu dan Bebas, menyebabkan kerajaan UMNO Melaka tumbang pada 4 Oktober lalu.

Selain Idris, bekas ADUN Bebas Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; bekas ADUN Bersatu Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan bekas ADUN UMNO Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan, turut menarik sokongan.

Mengulas lanjut, Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyiasat rakaman audio itu.

Menurutnya mesyuarat MT UMNO malam tadi membangkitkan perkara itu.

Tindakan membocorkan audio itu bertujuan mencemarkan reputasi ahli politik dan pernah berlaku kepada Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamdi, dan kini kepada Perdana Menteri, katanya malam tadi.

Beberapa hari lalu tular klip audio berdurasi tujuh minit dalam media sosial dikatakan antara Idris dan Ismail Sabri yang sekali gus mendedahkan situasi sebenar krisis politik yang sedang berlaku di Melaka.

Daripada perbualan kedua-dua pemimpin UMNO tersebut, ia secara tidak langsung mendedahkan perebutan kuasa melibatkan Idris dengan Sulaiman yang didakwa sekadar menjadi budak suruhan kepada Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Suara mirip Idris dalam perbualan telefon tersebut mengadu rasa tidak puas hati terhadap Sulaiman yang didakwa tidak mengutamakan kepentingan rakyat di Melaka dan banyak keputusan kerajaan negeri dipengaruhi oleh Rauf yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka.

Suara mirip Ismail Sabri dalam klip tersebut pula cuba memujuk Idris agar menarik balik keputusannya untuk tidak menyokong Sulaiman sehingga mengakibatkan tercetusnya kemelut politik di Melaka.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Amirudin mahu dikekalkan sebagai MB Selangor
May 18, 2023
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok