Sebar berita palsu Covid-19, suri rumah didenda RM5,000

October 13, 2021 · Isu semasa

Seorang suri rumah didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Kangar hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menyebarkan berita palsu berkaitan penularan jangkitan Covid-19, April lepas.

Menurut laporan Bernama, Nor Sakinah Razelan, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Musyiri Peet dan dia juga berdepan hukuman penjara selama lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Nor Sakinah didakwa menggunakan aplikasi status WhatsApp melalui nombor yang didaftarkan atas namanya, dengan niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam dengan menyebarkan berita tidak benar pada 10.31 pagi, di Lot 8664 Jalan Pauh, Kampung Belukar, Arau, 18 April lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, tertuduh boleh didenda selanjutnya tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Pendakwaan yang dikendalikan Pengarah Pendakwaan negeri Mohd Nordin Ismail memohon supaya Nor Sakinah yang mempunyai tiga anak dikenakan hukuman setimpal di atas perbuatannya sebagai pengajaran kerana memuat naik berita yang tidak sahih dan benar mengenai penularan Covid-19.

Peguam Mohd Hapiz Rajali yang mewakili Nor Sakinah merayu agar hukuman diringankan memandangkan tertuduh tidak bekerja manakala suaminya hanya seorang buruh selain menanggung perbelanjaan perubatan seorang anak lelakinya berusia tujuh tahun yang menghidap sakit buah pinggang.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok