AGC pulangkan kertas siasatan wang hilang AS$6.94 juta kepada SPRM

October 12, 2021 · Isu semasa

Jabatan Peguam Negara (AGC) memulangkan kertas siasatan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kehilangan wang AS$6.94 juta (RM25 juta) yang dalam simpanan agensi tersebut.

Dalam satu kenyataan, AGC mendapati ada kesalahan lain yang memerlukan siasatan lanjut dan meminta SPRM untuk melengkap kertas siasatan tersebut.

“Jabatan Peguam Negara mendapati wujud kesalahan-kesalahan lain yang memerlukan siasatan lanjut dilakukan oleh agensi penguatkuasaan yang berkaitan. Kertas siasatan telah dikembalikan untuk tindakan lanjut,” kata jabatan itu dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan sama juga menjelaskan, jabatan berkenaan menerima laporan mengenai siasatan itu pada 28 September lalu.

Pada 29 September, media melaporkan Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara sudah menerima kertas siasatan berhubung kes itu daripada SPRM.

Terdahulu pada 20 September, suruhanjaya berkenaan mengesahkan tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

Wang yang hilang tersebut adalah milik bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.

Hasanah dilaporkan mahu menuntut semula wang tersebut sebelum menyedari sebahagiannya telah hilang dan digantikan dengan wang palsu.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
41 akaun Aman Palestin dibeku SPRM, siasatan sedang berjalan
November 23, 2023· Isu semasa
Popular
Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang
May 10, 2021
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
September 28, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
PRN Melaka: KKM sudah sediakan SOP
October 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok