Kes kerajaan mohon sekat PetroSaudi, Tarek guna AS$340 juta ditangguh

October 8, 2021 · Isu semasa

Mahkamah hari ini menangguhkan pendengaran permohonan Kerajaan Malaysia untuk menyekat PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan lebih AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disimpan dalam akaun pelanggan di sebuah firma guaman di United Kingdom (UK).

Memetik Bernama, Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menangguhkan pendengaran hari ini untuk memberi laluan kepada firma guaman, Clyde & Co LLP di United Kingdom mengesahkan sama ada mereka mahu menjawab dan mengemukakan afidavit berhubung dokumen yang disampaikan kepada mereka, atau sebaliknya.

Ia selepas Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lutfi Mohamed memberitahu Hakim Ahmad Shahir pihak pendakwaan telah menyampaikan dokumen berkenaan kepada tiga entiti asing yang disebut dalam permohonan itu, iaitu Petrosaudi International Limited di Arab Saudi serta dua syarikat yang berpangkalan di London, – Clyde & Co dan Temple Fiduciary Services Ltd.

“Kami telah menghubungi wakil National Crime Agency (NCA), Danial Murphy dan beliau mengesahkan bahawa kerajaan UK telah menyerahkan dokumen berkenaan kepada Clyde & Co pada 1 Oktober.

“Beliau turut menyampaikan pesanan mahkamah kepada Clyde & Co, bertanya sama ada syarikat itu berhasrat untuk memberikan maklum balas, tetapi sehingga kini kami belum menerima apa-apa jawapan dari mereka,” kata Budiman ketika prosiding hari ini.

Budiman berkata syarikat itu telah mememaklumkan bahawa dokumen berkenaan telah diserahkan kepada mereka dan diterima oleh wakilnya, Sarah Wheatly.

“Setelah berbincang dengan pihak yang berkaitan dan demi keadilan, mungkin Clyde & Co perlu diberi waktu untuk memberikan maklum balas kepada permohonan itu, dan pihak pendakwaan akan berkomunikasi dengan NCA bagi mendapatkan maklumat terkini dari firma guaman,” katanya.

Peguam Alex Tan dan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mewakili anak syarikat PSI dari Amerika Selatan, PetroSaudi Oil Services (Venezuela) Ltd (PSOS-VZ) dan Tarek Obaid, masing-masing, tidak membantah permohonan pihak pendakwaan.

Ahmad Shahrir kemudiannya menetapkan 22 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes bagi pihak pendakwaan mengemas kini perkembangan berhubung maklum balas Clyde & Co’s respond.

Pada 16 Julai tahun lepas mahkamah membenarkan permohonan kerajaan untuk perintah interim bagi menyekat pihak berkenaan daripada memindahkan dana yang dikaitkan dengan 1MDB dan disimpan dalam akaun pelanggan di sebuah firma guaman di UK, ke entiti lain.

Perintah interim itu bagi mengekalkan status quo pihak-pihak terlibat sehingga selesai permohonan sekatan kerajaan yang memohon perintah untuk menyekat sebarang urusan mengenai wang milik PSI dan PSOS-VZ yang kini berada di akaun escrow yang dipegang oleh Clyde & Co LLP di UK.

Selain AS$340 juta itu, kerajaan juga memohon wang tidak ditentukan yang disimpan di bawah nama akaun perantaraan, Temple Fiduciary Services Limited, di Barclays Bank, UK.

Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amlatfpuaa) yang menamakan Tarek, PSI, PSOS-VZ, Clyde & Co dan Temple Fiduciary, masing-masing sebagai responden pertama hingga kelima.

Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) yang menamakan Tarek, PSI, PSOS-VZ, Clyde & Co dan Temple Fiduciary, masing-masing sebagai responden pertama hingga kelima.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Kes baharu Covid-19 meningkat lepasi paras 3,000
January 5, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
11 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
11 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok