“Notis muflis kerana saya jadi pilihan PM pada PRU15”

April 6, 2021 · Politik

Datuk Seri Najib Razak mendakwa notis muflis dihantar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini disebabkan beliau menjadi pilihan rakyat sebagai calon perdana menteri (PM) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Najib dengan yakinnya berkata notis tersebut yang dihantar kepadanya pada ketika perbicaraan rayuan kesnya sedang berjalan adalah disebabkan popularitinya di kalangan rakyat.

“Saya yakin, masa notis muflis ini adalah berkaitan dengan tiga isu, pertama undian dijalankan penyelidikan UUM (Universiti Utara Malaysia) dan Utusan TV melibatkan 60,000 responden menunjukkan yang saya adalah perdana menteri pilihan bagi PRU15 dengan separuh dari undian manakala PM pada masa ini jauh di belakang dan hanya menduduki tempat keempat.

“Barisan Nasional (BN) pula gabungan pilihan pertama dalam undian manakala Perikatan Nasional (PN) di tempat tercorot,” katanya dalam kenyataan panjang di akaun Facebooknya.

Keputusan UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) lalu yang memutuskan kerjasama dengan Bersatu dan PN juga punca notis tersebut dihantar, kata Najib lagi.

Najib juga mendakwa notis LHDN tersebut juga adalah usaha untuk menghalang beliau daripada membersihkan dirinya yang sedang berdepan perbicaraan di mahkamah ketika ini.

“Saya akan kehilangan semua wang simpanan yang saya kumpulkan semasa bekerja dalam perkhidmatan kerajaan di mana ia sekarang digunakan untuk menyara hidup dan membayar peguam saya.

“Bagaimana saya nak membela diri dan membersihkan nama saya dalam kes-kes mahkamah jika saya dibankrapkan, akaun bank saya dibeku, pendapatan dari jawatan ahli parlimen dihentikan dan akibatnya, saya tidak dapat mengupah peguam bela?” katanya lagi.

Meskipun ditekan sehingga tahap ini, Najib berkata tidak tunduk kepada tekanan terhadapnya yang disifatkan sebagai zalim.

“Saya tidak akan tunduk kepada individu yang menyalahgunakan undang-undang negara ini untuk menzalimi saya atas dasar politik dan ketamakan untuk berpaut pada kuasa,” katanya.

Media hari ini mendedahkan dalam notis bertarikh 4 Februari Najib dikehendaki membayar RM1.69 bilion berserta faedah lima peratus setiap bulan atau RM45.9 juta daripada tarikh mahkamah mengeluarkan perintah.

Pada 22 Julai lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai pendapatan tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada Kerajaan Malaysia.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Popular
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Hapus hutang dan sukuk adalah lain, Muhyiddin beritahu kepada PMX yang tak faham
July 9, 2023
Ucapan 3R : PN akan lapor polis terhadap Guan Eng
July 9, 2023
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok