86 anggota wanita ATM sertai misi pengaman PBB di Lubnan hari ini

September 30, 2021 · Isu semasa

Sebelas pegawai dan 75 anggota wanita Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil kumpulan paling ramai yang dihantar menyertai misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

Penghantaran kumpulan pertama Batalion Malaysia 850-9 (MALBATT 850-9) ke Lubnan hari ini dilakukan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang hari ini, menggunakan pesawat Malaysia Airlines.

“Terima kasih kepada seluruh anggota keluarga MALBATT 850-9 yang telah memberi restu dan membenarkan suami, isteri, anak, abang atau adik untuk melaksanakan misi di luar negara.

“Restu inilah sebenarnya tulang belakang kepada kehebatan anggota dan keunggulan ATM khususnya pasukan MALBATT selama ini,” kata Hishammuddin yang memberi jaminan kebajikan ahli keluarga anggota MALBATT 850-9 akan sentiasa terjaga dan terpelihara.

Beliau berkata pegawai dan anggota yang dihantar kali ini akan berada di Lubnan selama setahun, berbanding enam bulan sebelum ini.

Menurutnya, MALBATT 850-9 diatur gerak ke Lubnan secara berperingkat bermula hari ini dan bakal menggantikan MALBATT 850-8 yang akan tamat operasi 12 bulan pada 13 November ini.

“Kekuatan keseluruhan MALBATT 850-9 ialah seramai 854 orang iaitu 83 pegawai dan 771 anggota LLP diketuai Kolonel Megat Maz Ardi Nohuddin selaku Komander MALBATT 850-9,” katanya.

Hishammuddin berkata, pasukan itu akan ditempatkan di dua penempatan tetap iaitu Kem Ma’rakah dan Kem Tibnin yang akan melaksanakan tugas serta operasi diberikan oleh UNIFIL.

“Tahun ini, pasukan MALBATT 850-9 sekali lagi disertai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dengan kekuatan 30 anggota. Ia adalah hasil hubungan serumpun yang erat serta kerjasama pertahanan akrab antara Malaysia dan Brunei sejak sekian lama,” katanya.

Mengulas pembabitan anggota wanita ATM dalam misi itu, beliau berkata ia adalah pengiktirafan selain bukti keupayaan dan kredibiliti anggota wanita ATM, dan selari dengan keperluan semasa UNIFIL yang sememangnya memerlukan lebih ramai pembabitan anggota wanita bagi melaksanakan tugasan berkaitan.

“Saya juga kagum apabila dimaklumkan bahawa buat pertama kalinya pasukan MALBATT akan disertai seorang pegawai awam daripada Bahagian Kewangan Kementerian Pertahanan iaitu Farah Zamirah Farush Khan,” katanya.

Berita berkaitan
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
Program PLKN dihidupkan semula, kata Menteri Pertahanan
October 9, 2023· Isu semasa
Mesyuarat PBB tergempar diadakan bincang krisis Palestin-Israel
October 9, 2023· Dunia
Samakan diri dengan Mandela, Sanusi kata ‘kepala lutut hang’ kepada Anwar
October 7, 2023· Politik
Popular
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok