Sembilan negeri kembali catat peningkatan kes baharu

September 28, 2021 · Isu semasa

Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara meningkat sedikit dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi dengan sembilan negeri turut mencatat kenaikan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu 11,332 kes baharu direkodkan berbanding 10,059 kes semalam.

Angka terbaharu itu katanya, menjadikan jumlah kumulatif sejak awal tahun lalu hingga hari ini meningkat kepada 2,220,526 kes.

Berdasakan statistik dikeluarkan hari ini, Johor merekodkan jangkitan tertinggi sebanyak 1,319 kes berbanding 1,226 yang dicatatkan semalam.

Ini diikuti Selangor sebanyak 1,231 kes berbanding 979 semalam; Kelantan (1,088 hari ini, 983 semalam); Sabah (965 kes hari ini, 751 semalam); dan Pulau Pinang (895 kes hari ini, 793 semalam).

Kedah pula merekodkan 819 kes hari ini berbanding 660 semalam; Kuala Lumpur (240 kes hari ini, 176 semalam); Putrajaya (19 kes hari ini, 18 semalam); dan Labuan (tiga kes hari ini, sifar semalam).

Jumlah kes di Sarawak kekal tertinggi iaitu sebanyak 2,358 walaupun negeri itu mencatat penurunan berbanding 2,723 kes yang direkodkan semalam.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
3 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
3 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok