Pembentangan RMK12 tumpuan Dewan Rakyat hari ini

September 27, 2021 · Isu semasa

Sidang Dewan Rakyat hari ini bakal tertumpu kepada pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, satu hala tuju yang bakal memacu negara bagi tempoh 2021 hingga 2025.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen, Perdana Menteri dijangka mengemukakan usul RMK12 pada jam 11.30 pagi, sebaik selesai sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang bermula 10 pagi.

Selain itu, takwim Dewan Rakyat memaklumkan selepas pembentangan itu, persidangan dewan akan ditangguhkan pada Selasa untuk sesi perbahasan RMK12 oleh Ahli Parlimen yang dijadual selama empat hari.

Bertepatan dengan konsep Keluarga Malaysia, RMK12 dijangka memberi keutamaan kepada aspek kebajikan, perlindungan sosial dan projek berpaksikan rakyat yang menjadi keutamaan berbanding projek mega baharu.

Sementara itu, isu berhubung rancangan strategik Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk terus menjadikan Malaysia negara mesra pelabur pasca Covid-19 bagi menarik pelaburan syarikat gergasi antarabangsa akan dikupas pada persidangan hari ini.

Soalan pertama berkenaan dikemukakan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Selain itu, Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir (PH-Temerloh) akan bertanya mengenai maklum balas terkini status vaksinasi kepada pekerja tempatan dan asing di sektor pembinaan kepada Menteri kerja Raya.

Datuk Dr Hasan Bahrom (PH-Tampin) pula akan mengajukan pertanyaan kepada Menteri Kanan Pertahanan mengenai perancangan aspek kebajikan khususnya perumahan mampu milik kepada anggota tentera yang bersara, berpencen atau tidak.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 17 hari hingga 12 Oktober.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jelapang padi negara : Kedah ‘diarah’ jadi negeri miskin, dakwa Sanusi
May 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok