Tafsiran lompat parti perlu dikaji, tak mudah diharamkan: Dr M

September 20, 2021 · Politik

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan ia bukan suatu yang mudah untuk mengharamkan mana-mana Ahli Parlimen (MP) melompat parti dan ia memerlukan satu kajian yang mendalam.

MP Langkawi itu berkata walaupun undang-undang lompat parti digubal sekalipun, ia bukan mudah untuk menghalang daripada seseorang wakil rakyat itu lompat parti kerana terdapat situasi apabila mana-mana parti tidak memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan.

“Kita perlu mengadakan undang-undang yang melarang lompat-lompat. Namun demikian ia tidaklah semudah itu dengan hanya mengharamkan acara lompat-melompat.

“Kerana adakalanya apabila diadakan pilihan raya, tidak ada satu pun parti yang memperolehi cukup bilang untuk mendiri kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Jelasnya, apabila mana-mana parti bercantum dengan parti yang memiliki lebih banyak kerusi yang dimenangi ia tidak boleh ditafsirkan sebagai melompat tetapi ia memerlukan pertimbangan untuk melihat waktu semasa seseorang wakil rakyat itu melompat menyertai parti lain.

“Perbuatan cantuman antara parti lain dengan parti yang terbesar tidaklah sesuatu yang boleh ditafsir sebagai melompat kalau ianya dilakukan dengan cara yang tersusun mengikut peraturan-peraturan yang di bawah perlembagaan parti-parti berkenaan.

“Sebab itu kita tidak boleh semata-mata mengharamkan lompat-melompat. Sebaliknya perlu menjelaskan waktu mana kita mentafsirkan sesuatu itu sebagai melompat dan tidak dengan sewenang-wenangnya menuduh bahawa lompatan telah dilakukan,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau juga mendesak supaya kajian yang lebih terperinci dijalankan bagi menentukan sama ada tindakan melompat parti itu menjadi kesalahan atau tidak, ia termasuk mengambil kira wakil rakyat yang menang pilihan raya tetapi dipecat partinya.

“Kita dapati ada parti yang akan memecat ahli-ahlinya kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi, ini bukanlah acara melompat dari satu parti ke parti yang lain.

“Sebab itu soal lompat-melompat antara parti ini perlu dikaji lebih mendalam supaya ia membolehkan dewan ini bergerak dengan licin tanpa gangguan oleh perbuatan mana-mana pihak daripada ahli-ahli Dewan Rakyat ini,” katanya.

Terdahulu, MP Pengerang Datuk Seri Azalina Othman menghantar usul Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 dan juga RUU Pemecatan Ahli-ahli Parlimen 2021 yang didapati melompat parti sudah diterima Dewan Rakyat.

Menurut Azalina, usul itu adalah selari dengan inisiatif anti lompat parti yang sedang diusahakan kerajaan dan secara tidak langsung mewujudkan kebersamaan dengan semangat ‘Keluarga Malaysia’.

Notis itu, kata Azalina dihantar mengikut Peraturan Mesyuarat 49(1) untuk RUU Ahli Yang Bukan Ahli Kerajaan, untuk dibentangkan pada persidangan Parlimen kali ini.

Melalui akta baharu itu nanti, pengundi boleh menarik semula mandat diberikan kepada wakil rakyat yang membelakangi mereka dan hak untuk memilih wakil rakyat baharu atau mengekalkan penyandang dikembalikan kepada pengundi.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman
March 5, 2022
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok