Cinta lelaki ‘London’, wanita ditipu RM395,200

September 18, 2021 · Isu semasa

Akibat mudah percaya, seorang wanita diperangkap seorang lelaki kononnya dari ‘London’ yang dikenali menerusi media sosial sehingga mengalami kerugian kira-kira RM395,200.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata wanita berusia 23 tahun yang juga seorang peniaga dan baru kematian suami itu membuat laporan polis pada 17 Sept lepas setelah menyedari ditipu individu terbabit.

Beliau berkata mangsa mengenali individu berkenaan menerusi laman Instagram yang menggunakan nama ‘CHONGWEI4580’ sejak April lepas dan telah berhubung menerusi aplikasi WhatsApp sepanjang perkenalan hingga jatuh cinta.

Menurutnya, bagaimanapun individu itu menghubungi mangsa pada 10 Sept lepas kerana kononnya bersimpati dengan nasib mangsa yang kematian suami serta ingin mengirimkan barangan mengandungi wang tunai sebanyak AS$950,000 kepada mangsa.

“Pada tiga hari kemudian mangsa menerima e-mel daripada sebuah syarikat penghantaran yang meminta mangsa menjelaskan bayaran sebanyak RM6,200 untuk melepaskan barangan itu daripada kastam.

“Bagaimanapun, individu itu mengugut mangsa untuk membuat bayaran tersebut dan bayaran lain yang telah diarahkannnya, dan sekiranya enggan berbuat demikian, mangsa akan ditangkap kerana bersubahat dalam aktiviti pengubahan wang haram,” katanya dalam kenyataan lapor Bernama.

Ayob Khan berkata disebabkan ketakutan, mangsa mengikuti segala arahan itu dan telah membuat sebanyak 24 transaksi pembayaran dalam tempoh tiga hari bermula 13 Sept secara dalam talian, ke 11 akaun berbeza dengan jumlah sebanyak RM395,200.

“Sehingga kini mangsa tidak menerima sebarang kiriman yang dijanjikan dan menyedari bahawa telah ditipu,” katanya.

Ayob Khan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan sebatan dan denda.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai supaya lebih berhati-hati dan peka terhadap trend jenayah ketika ini terutama melibatkan transaksi, pelaburan dan perkenalan dalam talian menerusi media sosial.

“Gunakan aplikasi semakan atas talian yang diperkenalkan pihak berkuasa seperti ‘Semak Mule’ sebelum melakukan sesuatu transaksi kewangan,” katanya.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok