RM60 juta peruntukan penyelidikan dan pembangunan vaksin Covid-19

September 18, 2021 · Isu semasa

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperuntukkan hampir RM60 juta bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin COVID-19 dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada bekalan vaksin dari luar negara.

Timbalan menteri berkenaan Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata daripada jumlah itu, RM54 juta disediakan kepada Malaysia Genome Institute (MGI), manakala RM2.5 juta bagi kumpulan pengkaji pembangunan vaksin menggunakan teknologi Messenger Asid Ribonukleik (mRNA).

“Peruntukan berjumlah RM2.5 juta lagi disediakan untuk tujuan pembangunan vaksin dari toksin kuman yang dinyahaktif di Universiti Putra Malaysia (UPM),” katanya lapor Bernama hari ini.

Terdahulu, Ahmad Amzad merasmikan program mobilisasi vaksin komuniti peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawang Fasa 8.0 di Pantai Senok, Kota Bharu.

Beliau berkata menerusi R&D vaksin itu, kementerian menjangkakan vaksin tempatan akan dapat dikeluarkan dalam tempoh dua hingga lima tahun.

Mengulas lanjut, Ahmad Amzad berkata kementerian turut melaksanakan diplomasi sains dengan negara-negara luar serta universiti di luar negara bagi tujuan tersebut.

“Misalnya untuk kajian vaksin jenis mRNA, kita jalin kerjasama dengan Universiti Chulalongkorn, Thailand yang menjadi perintis pembangunan vaksin itu.

“Proses ini melibatkan hubungan antarabangsa di mana kementerian dan pihak berkaitan perlu memainkan peranan yang penting untuk kejayaan pembangunan vaksin,” katanya.

Ahmad Amzad juga berharap Malaysia bakal menjadi pengeluar dan pengimport vaksin terutama bagi pasaran negara-negara Islam.

“Kira berharap dengan melibatkan di peringkat awal Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kita akan mendapat manfaat sebab masyarakat Islam lebih yakin sekiranya vaksin dikeluarkan oleh negara Islam,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
5 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
5 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok