Zahid diberi RM13 juta bukan untuk projek MyEG

September 15, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah menjanjikan pemborong tekstil mana-mana projek MyEG sebagai ganti RM13 juta yang diberikan kepadanya dalam 23 cek melalui firma guaman Tetuan Lewis & Co, pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik Ahmad Zahid.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Zahid, memberitahu bahawa pemborong tekstil, Junaith Asharab Md Shariff, saksi pendakwaan ke-36, telah memberi keterangan dengan sumpah bahawa 23 cek berjumlah RM13 juta itu tidak diberikan sebagai rasuah atau dorongan.

“Junaith dalam keterangannya mengatakan bahawa itu adalah sumbangan atau derma peribadinya untuk tujuan keagamaan atau amal, iaitu untuk membina masjid dan sekolah tahfiz,” katanya dalam hujahan di akhir kes pendakwaan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, hari ini.

Memetik Bernama, beliau berkata tuduhan nombor 12 dan 13, daripada 47 tuduhan yang dihadapi Zahid tidak boleh diterima kerana bukti menunjukkan bahawa RM13 juta yang berkaitan dengan caj tersebut bertujuan untuk pembinaan masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk.

Tuduhan ke-12 terhadap Zahid kerana didakwa menerima rasuah daripada Mastoro Kenny IT Consultant & Services dalam bentuk 13 cek RHB Islamic Bank Berhad sebanyak RM8 juta milik Mastoro Kenny IT Consultant & Services melalui Junaith Asharab Md Shariff melalui akaun Maybank Lewis & Co.

Tuduhan ke-13 mendakwa Presiden UMNO itu telah menerima rasuah daripada Mastoro Kenny IT Consultant & Services dalam bentuk 10 cek RHB Islamic Bank Berhad bernilai RM5 juta milik Berani & Jujur Trading melalui Junaith Asharab Md Shariff melalui akaun Maybank Lewis & Co .

Zahid dituduh melakukan dua kesalahan ini sebagai dorongan untuk membantu Mastoro Kenny IT Consultant & Services untuk mendapatkan projek MyEG yang dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Hisyam kemudian merujuk kepada mahkamah keterangan Junaith yang menyatakan bahawa dia (Junaith) dan saudara Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi pergi menemui Zahid di kediamannya untuk menyampaikan cek untuk tujuan pembinaan masjid dan sekolah tahfiz tersebut.

“Semasa pemeriksaan balas terhadap Junaith, dia juga mengesahkan bahawa 13 dan 10 cek dari dua syarikat, Mastoro Kenny dan syarikat tekstil Berani dan Jujur Trading, yang dikendalikan olehnya, adalah untuk tujuan amal dan derma.

“Malah, semasa pemeriksaan balas, Junaith juga mengesahkan bahawa tertuduh tidak pernah menjanjikan kepadanya projek MyEG,” kata Hisyam.

Hisyam selanjutnya menegaskan tuduhan bahawa cek tersebut diberikan sebagai dorongan bagi tertuduh untuk mendapatkan projek untuk Mastoro Kenny adalah tidak berasas.

Zahid, 69, berdepan 47 pertuduhan membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Prosiding hujahan di akhir kes pendakwaan bersambung 20 September ini.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
4 jam lalu· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
4 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok