Azalina jadi Timbalan Speaker sementara selepas tiada pengganti

September 15, 2021 · Isu semasa

Selepasa tiada pemilihan Timbalan Speaker yang baharu pada sidang ini, Datuk Seri Azalina Othman Said diminta untuk menyandang jawatan tersebut semula untuk sementara waktu bagi mengendalikan sidang Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Pengerang itu berkata Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun memintanya untuk mempengerusikan sidang dewan sesi petang hari ini mengikut bawah Peraturan Mesyuarat 7 (3).

“Saya telah diminta Speaker di bawah 7(3) diminta untuk pengerusikan mesyuarat bagi sementara waktu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Sepatutnya sidang Dewan Rakyat kali ini akan memilih pengganti Azalina, bagaimanapun ia ditangguhkan tanpa sebarang alasan diberikan.

Dua calon Timbalan Speaker yang tercalon sebelum ini adalah Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai wakil blok kerajaan dan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming calon Pakatan Harapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata penangguhan itu bagi membolehkan pindaan Perkara 57 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan dibuat untuk menambah jumlah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada dua kepada tiga orang.

Dewan Rakyat sebelum ini mempunyai dua Timbalan Yang Dipertua iaitu Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Azalina.

Jawatan itu kosong selepas Azalina meletak jawatan pada 23 Ogos lalu.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
4 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok