Agong zahir penghargaan kepada Muhyiddin pimpin negara berdepan cabaran getir

September 13, 2021 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada mantan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin dan barisan Kabinetnya sepanjang memimpin negara berdepan cabaran getir krisis kesihatan Covid-19.

Bertitah semasa pembukaan persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 hari ini, Tuanku berkata sudah melaksanakan tanggungjawabnya berlandaskan Perlembagaan dan prinsip demokrasi berparlimen dalam membuat pemilihan PM yang baharu selepas peletakan jawatan Muhyiddin.

“Pada kesempatan ini beta ingin menzahirkan penghargaan kepada Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia yang ke lapan dan barisan ahli Jemaah Menteri yang telah menerajui pentadbiran negara, mengharungi cabaran pandemik Covid-19 yang getir.

“Seperti yang berlaku pada tahun 2020 yang lalu ekoran perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh. Amanah berat untuk memilih dan melantik Perdana Menteri Malaysia yang ke sembilan telah beta laksanakan dengan berpandu Perlembagaan Persekutuan selaras dengan konsep raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

“Beta telah memberi peluang kepada semua 220 orang ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menamakan menerusi surat akuan seorang ahli Dewan Rakyat yang diberi kepercayaan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri,” kata Baginda.

Jelas Tuanku, selepas proses pemilihan PM baharu berjalan Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima majoriti tertinggi untuk dilantik ke jawatan nombor satu negara.

“Menerusi surat-surat akuan tersebut beta mendapati seramai 114 ahli Dewan Rakyat telah memberi kepercayaan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yakob, Ahli Parlimen Bera.

“Pada 19 Ogos 2021, setelah menerima menghadap semua 114 ahli Dewan Rakyat tersebut, Beta telah berpuas hati bahawa kepercayaan yang diberikan kepada Yang Amat Berhormat Ahli Parlimen Bera adalah dengan kerelaan mereka sendiri serta dengan tanpa sebarang paksaan, jumlah ini adalah merupakan jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan,” katanya lagi.

Sementara itu, Tuanku juga menggesa supaya kerajaan baharu yang dipimpin Ismail Sabri membuktikan pencapaian dalam tempoh 100 hari dan menyeru semua pihak mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan.

“Beta percaya kerajaan ini mampu membuktikan pencapaian awalnya dalam tempoh 100 hari pertama. Melangkah ke hadapan Beta ingin menasihatkan kepada semua pihak untuk mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan.

“Justeru Beta menyambut baik keterbukaan kerajaan dengan memberi peluang kepada pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen untuk melibatkan diri dalam tadbir urus negara. Disini beta turut menyambut baik dan amat menghargai usaha-usaha ke arah merealisasikan pendekatan baharu, kerjasama dwipartisan antara semua pihak yang bakal membentuk lanskap politik baharu dan membawa perubahan dalam sistem pentadbiran negara,” ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, amalan dan budaya politik matang tersebut dituntut oleh rakyat dan mengulangi sekali lagi ‘yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua’.

“Kematangan seperti inilah yang didambakan oleh seluruh rakyat Beta. Ambillah nasihat pepatah Melayu lama yang berbunyi ‘biduk lalu kiambang bertaut, sesungguhnya yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua,” katanya lagi.

Dalam mendepani cabaran ke arah memulihkan keadaan ekonomi dan kehidupan rakyat, Tuanku menggesa semua pihak untuk mengamalkan kesepakatan dan perpaduan antara satu sama lain.

“Hanya menerusi perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan yang erat bagaikan sebuah keluarga Malaysia sahajalah kita akan dapat mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan yang bakal ditempuh,” tegasnya.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
9 jam lalu· Isu semasa
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok