Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Lajim Ukin

August 29, 2021 · Isu semasa

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin sebagai sahabat dan rakan seperjuangan yang banyak berjasa kepada parti dan kerajaan.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham beliau berkata Allahyarham juga adalah ahli politik berpengalaman dan berjasa dalam mencorakkan hala tuju parti itu.

“Saya mendapat perkhabaran mendukacitakan yang Ybhg Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.

“Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham atas pemergian orang yang tersayang. Semoga tabah melalui saat yang mendukacitakan ini.

“Sebagai Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Malaysia (BERSATU), Allahyarham adalah seorang sahabat dan rakan seperjuangan yang saya kenali sejak sekian lama serta pernah bersama-sama berkhidmat dalam Kerajaan sebelum ini,” kata bekas Perdana Menteri itu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata jasa Allahyarham terhadap parti itu amat dihargai dan pemergiannya satu kehilangan besar.

“Mewakili parti Bersatu dan Perikatan Nasional, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa bakti Allahyarham sepanjang bergelar Ahli Majlis Tertinggi dan juga selaku Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia.

“Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga amalan baik Allahyarham mendapat ganjaran dari Allah SWT dan rohnya ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh. Amin,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok