Program dialog disekat UiTM, Syed Saddiq bidas kerajaan campuran

March 31, 2023 · Uncategorized

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disekat daripada menghadiri satu program dialog di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor malam tadi.

Walaupun menyokong kerajaan campuran dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun Presiden Parti MUDA itu tidak dibenarkan menghadiri program dialog dan membidas janji yang dicanang-canang untuk memberi kebebasan kepada mahasiswa sebelum ini.

“Sebelum ini Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memberi jaminan bahawa kerajaan akan menghapuskan peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti (1971) yang menyekat kebebasan mahasiswa dan pensyarah semasa sesi Dialog Anak Muda pada 19 Mac 2023.

“Saya memegang teguh kata-kata Perdana Menteri dan mengharapkan kepada keprihatinan Perdana Menteri agar budaya universiti kita dapat diubah untuk kekal menjadi tempat lahirnya pemikir dan cendiakawan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegasnya lagi, sekatan diambil itu bertentangan dengan semangat memperjuangkan kebebasan akademik yang dibawa oleh Kerajaan semasa.

Syed Saddiq sebelum itu dijemput menghadiri dialog bertajuk ‘Intern Bukan Buruh Paksa’ anjuran Mahasiswa Demokratik Malaysia yang diadakan di UiTM Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Bagaimanapun beliau dimaklumkan beberapa cubaan sekatan dilakukan pihak universiti menghentikan program diskusi ilmiah itu daripada berlangsung.

“Pada 28 Mac, Timbalan Naib Cancelor UiTM memaklumkan pihak universiti tidak meluluskan program ini atas sebab ‘mengekalkan keharmonian kampus’.

“Pada petang hari yang sama, UiTM juga mengeluarkan notis untuk pelajar tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak mempunyai kelulusan universiti melalui ciapan @uitmofficial di twitter.

“Dan pada hari ini (Khamis), tular satu mesej di WhatsApp bahawa pintu pagar Kolej Melati (di UiTM Shah Alam akan ditutup dari pukul 9 malam hingga 6 pagi esok (Jumaat) atas masalah ‘teknikal’ yang tidak dapat dielakkan,” ujarnya.

Di sebalik sekatan tersebut, Syed Saddiq tetap cuba memasuki institut pengajian tinggi berkenaan.

Namun begitu, cubaannya dipercayai gagal apabila disekat di pintu masuk utama UiTM Shah Alam.

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
6 jam lalu· Rencana
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
9 jam lalu· Politik
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
10 jam lalu· Isu semasa
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
20 jam lalu· Politik
Popular
Isu DAP hadir di Dewan UMNO, Mat Maslan jawab ia satu penghormatan
May 17, 2023
Lagi Uncategorized terkini
Isu DAP hadir di Dewan UMNO, Mat Maslan jawab ia satu penghormatan
May 17, 2023 · Uncategorized
PMX sedia hadapi Dr Mahathir, serah peguam urus
May 5, 2023 · Uncategorized
Lantik ahli politik dalam GLC, Bersih bidas Anwar cakap tak serupa bikin
March 13, 2023 · Uncategorized
Tahan Bendahari Bersatu, tekanan untuk cari kesalahan tidak wujud kata Hamzah
March 4, 2023 · Uncategorized
Tiada arahan isytihar aset daripada Kabinet setakat ini, kata Rafizi
January 12, 2023 · Uncategorized
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
1 jam lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok