Bersatu tanding semua kerusi di Parlimen Gopeng

October 20, 2022 · Uncategorized

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bertanding di semua kerusi dalam Parlimen Gopeng pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), 19 November depan.

Pengerusi Bersatu Gopeng, Ahmad Ishak berkata selain Parlimen Gopeng, tiga lagi kerusi akan ditandingi ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat, Simpang Pulai dan Teja.

Katanya, semua nama calon telah dikemukakan dan pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut akan diumumkan pimpinan tertinggi parti tidak lama lagi.

“Kita akan bertanding di semua kerusi Parlimen Gopeng malah di DUN Simpang Pulai kita akan letakkan ahli bersekutu calon India. Mesej kita adalah untuk menunjukkan bahawa kita berbesar hati untuk meletakkan calon dalam kalangan masyarakat India di sini.

“Di Gopeng ini kita ada ramai ahli bersekutu jadi kita menghargai peranan mereka dalam menggerakkan jentera dan kita akan bergerak secara berpasukan bersama PAS untuk membantu memenangkan calon PN,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Parlimen Gopeng di Dewan Bandaran Gopeng malam tadi, lapor Sinar Harian.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Gopeng, Abu Bakar Hussain ketika berucap pada majlis yang sama berkata, pihaknya akan membantu memastikan kemenangan PN di kerusi Parlimen itu dan tiga kerusi DUN pada PRU-15 nanti.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Uncategorized terkini
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023 · Uncategorized
Mayat ditemui dalam lori di Danau Kota, dua lelaki ditahan
September 10, 2023 · Uncategorized
Tamatkan mogok lapar, Ramkarpal beritahu keluarga tahanan SOSMA
August 1, 2023 · Uncategorized
Tahan ‘Datuk Malik’, SPRM sita RM38 juta tunai, 200kg emas, 17 kereta mewah
July 26, 2023 · Uncategorized
Amaran pulang harta curi, Anwar salah guna kuasa : peguam
July 26, 2023 · Uncategorized
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok