Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN

June 8, 2023 · Politik

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat maju jaya kepada 10 bekas pemimpin parti itu yang dijangka menyertai lawannya, Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Namun beliau tidak menyebut sebarang nama merujuk kepada bekas-bekas pemimpin UMNO itu.

“Ada soalan yang dituju kepada saya tentang 10 ‘warlords’ daripada UMNO yang mungkin ini pertama kali mereka tidak dapat menghadirkan diri ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

“Saya dimaklumkan mereka berhasrat untuk menyertai parti-parti lain. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas melawat Laman Media diPusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur sempena PAU 2023, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan beberapa nama besar dari UMNO dijangka menyertai PN yang diterajui bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin antaranya bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Sementara itu, Datuk Seri Shahidan Kassim yang merupakan bekas Pengerusi UMNO Perlis sudah mengumumkan penyertaannya dalam PAS sebelum PRU-15 lalu manakala bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan dirinya sudah mengemukakan permohonan bagi menyertai PAS, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zahid yang juga Pengerusi BN berkata UMNO bukan pertama kali berdepan detik ditinggalkan pemimpinnya seperti hari ini namun katanya sokongan Melayu dan Islam tetap teguh untuk parti itu.

“Telah beberapa keadaan itu telah berlaku, insya-Allah UMNO tetap UMNO dan rakyat khususnya orang Melayu dan Islam akan terus menyokong UMNO,” katanya.

Berita berkaitan
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
12 jam lalu· Politik
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
19 jam lalu· Isu semasa
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023· Politik
Popular
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
10 jam lalu · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
19 jam lalu · Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023 · Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023 · Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok