Zahid paling takut jika Khairy mohon masuk PKR dan diterima

February 2, 2023 · Politik

Teka-teki parti mana yang akan menjadi pilihan Khairy Jamaluddin Abu Bakar masih belum terjawab, malah pelbagai pihak sedang cuba memujuknya untuk menyertai parti politik masing-masing.

Bekas Ketua Pemuda UMNO yang dipecat itu baru-baru ini masih mencari dan memilih parti politik yang serasi dan sesuai untuk disertainya, sudah semestinya parti itu serasi dengan ideologi dan membuka peluang kepadanya untuk meneruskan karier politik selepas ini.

Malah, terdapat juga spekulasi Khairy yang sebelum ini penyandang kerusi Parlimen Rembau ditawarkan untuk menjadi Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan jika bersama-sama dengan parti tersebut.

Untuk rekod, jawatan MB Negeri Sembilan ketika ini disandang oleh Datuk Seri Aminuddin Harun dan adakah PKR sedia memberi laluan kepada Khairy untuk dilantik ke jawatan tersebut menggantikan Naib Presiden PKR tersebut.

Adakah Aminuddin sedia melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada Khairy jika menyertai PKR selepas ini?

Terdapat cakap-cakap orang politik, Khairy sebenarnya mahu menyertai PKR kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar.

Sekiranya Khairy menyertai PKR, berkemungkinan gandingan trio tersebut akan memberi nafas baharu kepada parti yang selama ini didominasi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengikut setianya disekeliling.

Untuk rekod, Rafizi berada dalam kem berbeza dengan Anwar sebelum ini, tetapi boleh bersetuju dengan langkah untuk bekerjasama dengan UMNO bagi memastikan dapat menjadi kerajaan pusat selepas PRU-15 lalu.

Bagaimanapun, Anwar awal-awal lagi menegaskan perpaduan dengan rakan parti dalam kerajaan campuran perlu dijaga, ia selepas terdapat spekulasi cubaan membawa masuk Khairy bersama PKR.

Anwar yang mendapat sokongan anak muridnya yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi nampaknya keberatan untuk menerima cadangan membawa masuk Khairy tersebut.

Sudah pastinya Anwar mahu menjaga hati Zahid kerana jasanya menyokongnya menjadi Perdana Menteri (PM), tanpa sokongan UMNO pastinya Presiden PKR itu masih kempunan sehingga sekarang.

Anwar tidak akan sanggup melihat hati Zahid dilukai.

Selain itu, pemecatan Khairy juga dipercayai mempunyai kaitan perseteruan dengan Zahid memandangkan kedudukan jawatan Presiden yang disandangnya ingin dicabar pada pemilihan parti.

Mujur UMNO membuat keputusan untuk menyekat pertandingan bagi dua jawatan tertingginya, jika tidak sudah pasti Khairy akan mencabar Zahid dan ia sedikit sebanyak akan menggugat kedudukan beliau.

Tapi Zahid bijak mengambil langkah awal untuk menyekat kemaraan Khairy apabila usul tiada pertandingan diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO lalu.

Kedudukan Zahid dalam UMNO terselamat, tetapi Khairy pula ditendang keluar parti sebaik berakhir perhimpunan agung lalu.

Langkah terbaik untuk Khairy membalas tindakan yang diambil Zahid terhadapnya adalah dengan menyertai PKR dan ia pasti akan memberi kesan mendalam selepas ini.

Jika Khairy menyertai PKR, individu yang paling takut sebenarnya adalah Zahid kerana implikasi politik yang lebih besar bakal dihadapinya apabila musuh politiknya dalam UMNO bersama parti komponen kerajaan.

Jadi, tidak menghairankan jika cikgu Zahid, Anwar sejak awal-awal lagi sudah memberi amaran berhubung isu kemasukan Khairy dalam mana-mana parti PH selepas ini.

Jika dilihat daripada strategi politiknya, mungkin langkah Khairy menyertai PKR akan lebih memberi kelebihan berbanding mana-mana parti lain. Tetapi persoalannya adakah PKR mahu menerima Khairy sehingga boleh menjejaskan hubungan setia antara cikgu dengan anak murid selepas ini?

Berita berkaitan
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
11 jam lalu· Politik
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
22 jam lalu· Politik
PMX pertahan cadangan cagar akaun KWSP, tiada risiko besar
March 21, 2023· Isu semasa
Adakah Top Glove diarah juga kongsi keuntungan bantu penoreh? soal Tuan Ibrahim kepada PMX
March 21, 2023· Isu semasa
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
March 23, 2023
Lagi Politik terkini
Mampukah Zahid, pasukan baharu UMNO kikis imej perasuah, sakau?
43 minit lalu · Politik
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
2 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023 · Politik
Anwar beri cadangan dangkal cagar KWSP: Ketua Penerangan Bersatu
March 22, 2023 · Politik
Bila DAP nak ada Setiausaha Agung orang Melayu pula?
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok