Zahid lulus tiga projek di Tioman, DAP pun sokong juga?

December 6, 2022 · Politik

Tiga projek baharu diluluskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Tioman.

Budaya meluluskan projek semasa Pilihan Raya Umum (PRU) yang menjadi kebiasaan dilakukan UMNO kini kembali selepas perkahwinan politik bersama Pakatan Harapan (PH), namun ia menimbulkan tanda tanya adakah DAP juga menyokong tradisi yang sinonim dengan UMNO tersebut.

Menurut laporan media, permohonan tiga projek itu dikemukakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Tiga cadangan yang dikemukakan Wan Rosdy itu membabitkan ialah cadangan menaik taraf Jeti Kargo di Kampung Tekek, Pulau Tioman bernilai RM8 juta.

“Memandangkan Jeti Kargo sedia ada tidak sesuai dan tidak boleh digunakan sepenuhnya, maka penaiktarafan adalah sangat diperlukan. Ia mampu memberi kemudahan kepada penduduk serta pemborong dalam menjalankan aktiviti harian. Dan ini sudah pasti berupaya untuk dalam merancakkan perkembangan ekonomi penduduk tempatan.

“Kedua, cadangan membina baru Masjid di Felda Selendang, Kuala Rompin bernilai RM3 juta bagi menambahkan keselesaan kepada penduduk setempat.

“Ketiga, cadangan membina baru Mini Stadium di Kampung Kolam, Kuala Rompin bernilai RM15 juta. Kemudahan ini dijangka mampu memperhebat penganjuran segala aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan ini,” kata Wan Rosdy semasa Program Himpunan Rakyat bersama Zahid di Rompin hari ini.

Susulan itu, Zahid berkata, setakat tiga permohonan berkenaan, Menteri Besar pun boleh luluskan tidak perlu minta daripada Timbalan Perdana Menteri.

“Jika itu diminta maka bereslah, saya akan tunaikan sepenuhnya,” kata beliau dipetik portal Suara TV.

Untuk rekod, PRU Tioman sedang berjalan dan rakyat akan membuang undi esok bagi memilih wakil Dewan Undangan Negeri (DUN).

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
17 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok