Zahid bidas pembangkang takut PRU-15, cabar disegerakan

June 9, 2022 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas pembangkang sebagai penakut untuk berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dan hanya tahu memberi banyak alasan untuk mengelak daripada ia dijalankan.

Presiden UMNO itu berkata langkah mengadakan PRU-15 adalah jalan sebaiknya daripada berterusan dengan kerajaan campuran yang sedang ditadbir oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri, malah mencabar pembangkang untuk berani mendesak supaya ia disegerakan.

“Dulu pembangkang beri alasan Covid-19 oleh itu PRU-15 tidak boleh diadakan, kini alasan inflasi pula. Alasan demi alasan pembangkang sebenarnya mendedahkan kekhuatiran sebenar mereka.

“Kekhuatiran untuk berdepan penentuan rakyat yang pernah mereka perdaya demi mendapat kuasa. Mahu membeli masa untuk mendapatkan ruang mencukupi membohongi dan menipu rakyat sekali lagi. Insya Allah dengan kembali sebuah kerajaan yang mampan apa jua cabaran dapat negara kendalikan dengan lebih baik,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Sementara itu, Zahid berkata, pembangkang kini dilihat mengambil kesempatan dasar kerajaan sejak kebelakangan ini dengan mengecam keputusan melarang eksport ayam.

“Harus diingat jurang pendapatan golongan miskin dan kaya di negara ini dilaporkan melebar pada 2019.

“Tidak pernah sesekali diri ini melupakan golongan memerlukan sepanjang melangkahi kehidupan ini. Segala bantuan diberi perlukah dihebahkan sedangkan yang dicari adalah keredaan dan keberkatan Ilahi.

“Tangan kanan memberi, sebaiknya tangan kiri tidak perlu tahu, atau ianya tidak boleh dipakai lagi di zaman sekarang ini,” katanya.

Terdahulu semasa Konvensyen Barisan Nasional (BN) baru-baru ini, pemimpin utama BN sekali lagi memberi isyarat secara tidak langsung yang mahu Ismail Sabri menyegerakan PRU-15 diadakan.

Ismail Sabri pula membalas tidak akan melambatkan PRU-15 walau sesaat apabila tiba masanya nanti.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan kos bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan PRN Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor adalah sebanyak RM420 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perbelanjaan SPR bagi pelaksanaan PRN Sabah adalah RM130 juta, Melaka (RM45 juta), Sarawak (RM149 juta) dan Johor (RM96 juta).

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
9 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok