Zafrul perlu tawan hati akar umbi jika mahu jadi calon: Mat Maslan

June 17, 2022 · Politik

Datuk Seri Ahmad Maslan tidak menolak UMNO akan menimbang kemungkinan meletak Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai calon mereka pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Setiausaha Agung UMNO itu bagaimanapun berkata Zafrul perlu terlebih dahulu memenangi hati akar umbi sekiranya mahu dicalonkan pada PRU nanti dan memiliki ciri-ciri “WALI” yang ditetapkan parti.

Ciri-ciri “WALI” tersebut adalah merujuk ciri-ciri boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable) yang berkaliber serta berdaya.

Jelasnya lagi, Zafrul perlu bekerja lebih keras untuk menunjukkan kemampuannya dan parti akan membuat pertimbangan sewajarnya berhubung sama ada akan diletak sebagai calon atau sebaliknya.

“Ya, kita tidak nafilah. Mereka yang ada kebolehan dan ada aset, dan mereka yang ada jawatan juga adalah aset. Kalau kita nak lihat menteri kewangan (Tengku Zafrul), kita juga ada bekas Menteri Kewangan. Datuk Seri Johari Abdul Ghani misalnya, jadi itu sebab saya sebut aset lama, aset baru, aset UMNO ni ada ramai dan tidak ada satu aset pun yang telah diumum dapat calon di mana, bukan?

“Cuma dia kena berusaha. Saya dapat laporan yang dia nak pergi Kuala Selangor.

Betulkah orang Kuala Selangor, AJK bahagian Kuala Selangor menerima? Kalau dia nak jadi ‘WALI’, dia kena berusaha, dan keputusan akhir itu tentulah akan dimuktamadkan kemudian oleh pucuk pimpinan tertinggi,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Ahmad berkata, terdapat tiga proses dalam Barisan Nasional (BN) untuk menjadi calon pilihan raya, iaitu di peringkat bahagian, negeri dan pusat.

“Jika tiga-tiga proses itu dipersetujui terhadap satu-satu calon ataupun majoriti daripada tiga proses itu ataupun proses yang utama pucuk pimpinan bersetuju terhadap seseorang calon, maka barulah jadi. Bagaimanapun, peringkat pusat mempunyai kuasa untuk menentukan,” katanya lagi.

Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos mencadangkan nama Zafrul untuk dijadikan sebagai ‘poster boy’ di Selangor pada PRU-15 akan datang sekiranya menerima persetujuan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Tan Sri Noh Omar.

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
11 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
2 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
13 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
13 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
14 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok