Zafrul kini keluarga UMNO, Zahidi kata tak boleh kritik lagi

August 5, 2022 · Politik

Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Zahidi Zainul Abidin yang dahulunya lantang mengkritik Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kini membuat pusingan U dan tidak mahu lagi membangkitkan isu yang dipertikaikan dengan Menteri Kewangan itu lagi sebelum ini.

Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sebelum ini bercanggah pendapat dengan Zafrul berhubung isu Digital Nasional Berhad (DNB) tetapi kini tidak mahu ia dibangkitkan memandangkan sudah disahkan penyertaannya bersama UMNO dan sudah menjadi sebahagian keluarga bersama parti itu.

“Dia (Zafrul) dah masuk UMNO, maknanya tak boleh cakap ada dah lah.

“Dulu dia tak ada parti, kita tak tahu dia parti mana… Sekarang dia dah masuk UMNO, maka elok lah sudah jadi keluarga UMNO,” katanya semasa ditemui media selepas Mesyuarat MT malam tadi.

Zafrul sebelum ini diumumkan sebagai Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Jamal Yunos yang melepaskan jawatannya.

Pelantikan itu sekali gus membuka peluang kepadanya untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Spekulasi mengatakan Zafrul berkemungkinan bertanding di Parlimen Kuala Selangor pada PRU-15. Sebahagian besar pengundi seakan sudah ambil maklum kemungkinan tokoh korporat itu mempertaruhkan nasib pada pilihan raya pertamanya di sana.

Untuk rekod, Zahidi sebelum ini pernah mendesak MT UMNO supaya mencari jalan untuk menukar Menteri Kewangan baharu.

Sebelum ini, Zahidi berkata, hasil pertemuannya dengan Zafrul tidak menemui titik penyelesaian apabila beliau memaklumkan Menteri Kewangan itu mencabarnya “berlawan”.

Ia selepas beliau bertanya mengenai memorandum daripada Pemuda UMNO untuk siasatan dijalankan berhubung pelancaran rangkaian 5G oleh DNB.

“Saya wakil MT ingin mendapat penjelasan pasal isu memorandum, dia (Zafrul) tak mahu dengar, nak lawan kita lawan itu jawapan dia.

“Kalau pasal Menteri Kewangan ini saya minta dalam mesyuarat kalau boleh kita tukar,” katanya dipetik dalam laporan sebelum ini.

Terdahulu, Zahidi yang menerima memorandum itu berkata, beliau akan membawa perkara berkenaan ke mesyuarat MT UMNO dan Jemaah Menteri.

Zahidi sebelum ini menyatakan kekesalan kerana sering dipinggirkan dalam pembangunan 5G Malaysia.

Selain daripada penerangan tentang hasrat kerajaan untuk mengekalkan DNB sebagai penyedia tunggal 5G di Malaysia, Zahid juga tidak dijemput menyertai perjumpaan dan mesyuarat lain berkaitan DNB.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
14 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok