Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie

March 20, 2023 · Politik

Terdapat kemungkinan Parti Warisan akan menjalinkan kerjasama dengan UMNO pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah nanti, kata Datuk Seri Shafie Apdal.

Presiden Warisan itu berkata mereka tidak akan bergerak bersendirian pada PRN Sabah dan melihat UMNO sebagai rakan strategik memandangkan kedua-duanya merupakan parti pembangkang di negeri itu walaupun di peringkat pusat merupakan antara parti yang membentuk kerajaan perpaduan.

“Memang ada kenal pasti beberapa parti antaranya UMNO di peringkat negeri Sabah tetapi kita belum putuskan apa-apa lagi (untuk kerjasama) pada masa ini, banyak juga… parti tempatan (untuk kerjasama) kita umum bila tiba masanya.

“Dengan Pakatan Harapan (PH) kita sudah ada (kerjasama) di peringkat nasional bersama dalam kerajaan perpaduan, sebenarnya saya antara terawal sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” katanya dipetik laporan FMT .

Ahli Parlimen Semporna itu berkata Warisan sedang membuat penilaian teliti bagi memastikan rakan parti yang bakal dipilih mampu membawa perjuangan sama antaranya untuk rakyat Sabah dan kerjasama itu mampu bertahan untuk suatu tempoh yang panjang.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, Warisan yang bertanding bersendirian memenangi tiga kerusi Parlimen daripada keseluruhan 52 kerusi Parlimen yang ditandinginya di seluruh negara.

PRN Sabah ke-16 pada 2020 menyaksikan Warisan yang ketika itu bekerjasama dengan PH membentuk Warisan Plus memenangi 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah daripada keseluruhan 73 kerusi DUN, manakala penggal pentadbiran kerajaan negeri ketika ini akan tamat pada 2025.

Shafie berkata apa yang penting sekarang adalah untuk Warisan mengukuhkan parti terlebih dahulu sebelum mengorak langkah seterusnya untuk menjalin kerjasama dengan parti lain.

Beliau berkata Warisan juga akan mempersiapkan parti untuk menghadapi PRN Sabah biarpun pilihan raya itu diadakan tahun ini atau tahun depan.

Ditanya mengenai pembahagian kerusi pada PRN Sabah nanti, Shafie berkata sudah tentu Warisan tidak akan bertanding di semua 73 kerusi DUN, namun Warisan tidak menolak kemungkinan untuk mempertahankan kerusi DUN yang dimenangi pada PRN Sabah yang lepas.

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
6 jam lalu· Rencana
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
7 jam lalu· Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
19 jam lalu· Politik
Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
May 28, 2023· Politik
Popular
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
8 jam lalu · Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
11 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
13 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
15 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
40 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok