Wanita Arau pula bantah, cabar Zahid letak jawatan

April 26, 2021 · Politik

Wanita UMNO Bahagian Arau membidas tindakan semberono presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memecat Datuk Seri Shahidan Kassim daripada jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.

Ketua Penerangannya, Bibi Baharom berkata, krisis dalaman UMNO yang berlaku sekarang ini ternyata berpunca daripada Zahid sendiri.

Oleh itu, katanya, Wanita UMNO bahagian itu membuat keputusan menggesa Zahid berundur secara sukarela dan meletak jawatan.

“Kepimpinan Wanita UMNO Arau berpendapat sekiranya Presiden UMNO tidak dapat mengatasi keadaan ini dan membuat keputusan semberono, eloklah Datuk Seri Zahid Hamidi dengan rela hati berundur dan meletakkan jawatan.

“…Kerana ternyata masalah yang berlaku dalam UMNO sekarang adalah berpunca dari Presiden sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bibi berkata, sikap Zahid yang suka memecat sesiapa sahaja yang berbeza pandangan dengan beliau bukan suatu sikap yang baik.

“Presiden perlu meneliti pandangan setiap pemimpin dibawahnya. Pemecatan juga bukan jalan terbaik ke arah memperkuatkan parti malah dilihat oleh rakyat secara keseluruhannya sebagai satu keruntuhan UMNO.

“Shahidan ternyata mempunyai pengalaman yang luas dalam menggerakkan jentera pilihanraya. Sudah enam kali beliau mengetuai jentera PRU di Perlis dan ternyata, semuanya telah membawa kejayaan besar,” katanya.

Terdahulu, Puteri UMNO bahagian itu turut menyanggah tindakan Zahid memecat Shahidan dan menggesa presiden UMNO meletak jawatan.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
Khaled tak tanding kerana takut kalah tapi kata Bersatu tak kuat
January 29, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
4 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
24 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok