
Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa supaya membawa ๐๐ธ๐๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ผ๐น๐ถ๐๐ถ๐ธ dibentangkan ๐ธ๐ฒ P๐ฎ๐ฟ๐น๐ถ๐บ๐ฒ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป me๐บ๐ฎ๐๐๐ธ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ถ๐๐ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ป๐๐๐ธ๐ฎ๐ป Ahli P๐ฎ๐ฟ๐น๐ถ๐บ๐ฒ๐ป (MP) ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ฏ๐๐.
Gesaan itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan kerana PMX sebelum ini berjanji untuk melaksanakan reformasi institusi dan perlu menunaikan janji-janjinya, bukannya meneruskan lakonan di depan rakyat.
โMalangnya Anwar hanya berlakon di pentas ceramah saja seolah mahukan reformasi institusi, tapi sebenarnya dia gagal dalam pelaksanaan.
โAnwar jangan bagi alasan bahawa sebelum ini pun perlu berbincang atau sebelum ini pun tak bagi. Kalau nak ikut amalan sebelum ini, buat apa Anwar jadi PM kalau mandul dalam membawa pembaharuan?
โJelas sekali Anwar ini pelakon saja. Tapi perlaksanaan cacamarba dan tak ada halatuju,โ katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.
Menurut Wan Saiful, draf berhubung akta tersebut sudah tersedia dan hanya menunggu untuk dibentangkan ke Parlimen.
โSaya terlibat dalam beberapa jawatankuasa kerajaan mengenai pendanaan politik sejak 2015 sehinggalah 2020. Pada 2015 Datuk Sri Najib Razak lantik saya menyertai Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik.
โPada 2018 Tun Dr Mahathir bin Mohamad lantik saya menyertai Electoral Reform Committee dan ia disambung pada 2020 semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin.
โPada era Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula kita sudah sampai ke tahap perbincangan mengenai draf akta pendanaan politik. Maksudnya laporan penuh yang terperinci sudah ada dan draf akta juga sudah ada,โ ujarnya lagi.
Wan Saiful juga menjunjung titah Pemangku Raja Pahang yang membangkitkan berhubung isu peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang yang perlu diberikan secara adil.
โPemangku Raja Pahang bertitah berikan peruntukan adil kepada pembangkang. Perjuangan PH (Pakatan Harapan) selama ini pun ada agenda peruntukan adil untuk pembangkang.
โTapi kalau ikut pemikiran PH-UMNO, Perikatan Nasional mesti berbincang dengan Anwar dulu. Bagi kerajaan PH-UMNO, titah Anwar boleh menafikan pilihan rakyat.
โDalam sebuah negara demokrasi, memilih wakil rakyat adalah hak mutlak rakyat. Hanya dalam negara kuku besi saja pemerintah merasakan dirinya lebih mulia dan lebih berkuasa sehingga boleh menafikan pilihan rakyat. Kefahaman demokratik ini lah yang dilakonkan oleh PH selama ini, dan kini kefahaman itu telah hilang dari PH apabila Anwar mabuk kuasa.
โJika Anwar masih ada sekelumit minat terhadap reformasi institusi, maka peruntukan parlimen seharusnya diberikan secara automatik kepada semua yang dipilih rakyat, tanpa perlu apa-apa perbincangan.
โMalahan peruntukan dana pembangunan kawasan parlimen sepatutnya dimasukkan dalam akta pendanaan politik yang dilaksanakan secara sama rata tanpa mengira siapa berkuasa,โ ujarnya lagi.