Usul SOSMA gagal, Zahid terus kata MoU dengan PH ditandatangani kerajaan PN

March 24, 2022 · Politik

Ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 19 Mac lalu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi gembira dan memberitahu rakyat bahawa untungnya memiliki Perdana Menteri (PM) daripada parti itu.

Mengulas beberapa pengumuman oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga PM ketika menggulung perbahasan pada PAU itu, Zahid mengajak perwakilan untuk membayangkan jika bukan UMNO yang menjadi PM.

“Cuba tuan-tuan dan puan-puan bayangkan jika bukan UMNO yang menjadi Perdana Menteri. Usul-usul yang dibawa dalam perhimpunan agung. Banyak perkara-perkara sensitif yang sepatutnya mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan, tidak akan mereka lakukan kerana ianya datang daripada UMNO.

“Kita beruntung kerana berperdana menterikan wakil kita dari UMNO,” katanya.

Namun, ketika usul menyambung penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA, gagal mendapat kelulusan majoriti Dewan Rakyat semalam, Zahid merujuk memorandum persefahaman (MoU) dibuat sebelum ini adalah antara Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, kegagalan usul yang dibawa oleh kerajaan di Dewan Rakyat untuk melanjutkan tempoh tahanan di bawah Seksyen 4(5) SOSMA 2012 adalah sesuatu yang mengejutkan.

“Ini kerana, jika kita merujuk kepada Memorandum Persefahaman antara pihak Kerajaan (Perikatan Nasional) dan pembangkang (Pakatan Harapan), Perkara 3 dengan jelas menegaskan bahawa pihak pembangkang hendaklah bersetuju, atau berkecuali, dalam apa-apa usul yang dibawa oleh Kerajaan.

“Ia sebagai salah satu langkah yang diambil bagi mewujudkan kestabilan politik dalam pentadbiran semasa,” kata Zahid dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, MoU itu disempurnakan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO bersama pimpinan kanan PH – Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut menandatangani perjanjian pada 13 September 2021 itu ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu; dan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Mengulas lanjut, Zahid berharap rakyat melihat betapa rapuh dan berisikonya bentuk kerajaan yang ada sekarang ini yang tidak lagi dihormati selain pendirian pembangkang yang tidak berpegang kepada janji.

“Namun, apabila usul yang dibentangkan kali ini gagal akibat tidak mendapat sokongan pihak pembangkang, adalah wajar untuk kita semua menyimpulkan yang mereka telah memungkiri janji, melanggar persetujuan dan mengabaikan sama sekali komitmen mereka sebelum ini,” katanya.

Keadaan itu kata Zahid, mencerminkan beberapa perkara yang mesti dipandang serius.

“Pertama, pembangkang sebenarnya tidak berminat untuk mewujudkan kestabilan politik. Malah, PH sebenarnya sangat cenderung untuk melupakan janji dan komitmen mereka dengan mudah. Pada pandangan saya, tidak ada gunanya untuk kita terus berpegang pada janji mereka.

“Kedua, kerajaan mesti mempunyai majoriti tersendiri. Majoriti yang kuat dan tidak mengharapkan ihsan serta budi bicara pembangkang.

“Kerajaan seperti dalam kedudukan sekarang tidak akan dihormati, tidak stabil dan tidak akan berupaya untuk mengemuka dan menjayakan dasar yang baik dengan lancar,” katanya seolah-olah mahukan Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan segera supaya Barisan Nasional (BN) boleh menjadi kuasa dominan.

Bagi Zahid, kedua-dua perkara ini adalah bukti jelas bahawa kerajaan sedia ada sudah tidak dihormati, manakala MoU itu pula tidak lebih daripada sekadar janji di atas kertas.

“Yang pasti, apa yang berlaku ini (kegagalan usul SOSMA 2012) adalah sesuatu yang memalukan Kerajaan. Ia adalah aib yang menuntut kita untuk mengukuhkan diri dengan cara yang strategik dan segera,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
6 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok