Undi18 platform anak muda tawar politik segar, kata Tengku Zafrul

August 14, 2022 · Politik

Pelaksanaan Undi 18 dilihat sebagai platform anak muda untuk membuktikan mereka mampu menawarkan wadah baharu politik yang lebih segar, kata Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menteri Kewangan itu berkata golongan berkenaan juga mampu mengubah gaya politik tradisional, namun perlu mempunyai pemahaman terhadap isu semasa untuk mereka membuat pilihan yang bijak, demi masa hadapan negara.

“Pada masa sama, Undi18 dilihat dapat memberi peluang kepada golongan muda untuk terlibat aktif, dalam membuat keputusan berkenaan masa depan negara.

Mungkin selepas ini kita boleh melihat lebih ramai golongan muda menjadi pemimpin, baik di peringkat Persekutuan atau negeri.

“Undi 18 juga mampu melahirkan bakal pemimpin yang matang dan berkualiti. Penurunan umur minimum mengundi, dilihat mampu memberi lebih masa kepada golongan muda mendekati dan mendalami arena politik dan kepimpinan negara,” katanya pada Sambutan Hari Belia Negara peringkat Selangor 2022 di Stadium Utama Kuala Selangor, semalam.

Tengku Zafrul berkata apabila terdapat ramai wakil golongan muda dalam arena politik, sudah pasti suara generasi ini akan lebih didengari.

“Ruang dan platform ini juga berupaya melihat lebih ramai golongan muda akan terlibat aktif dalam membuat keputusan berkenaan masa depan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata keadaan pandemik Covid-19 telah mewujudkan peningkatan bilangan usahawan muda dan kebergantungan perniagaan kepada teknologi pendigitalan, khususnya ekonomi gig.

“Penglibatan anak muda belia dalam industri digital ini, berupaya memberikan rangsangan ekonomi dan sumbangan idea yang baharu kepada kerajaan dan generasi milineal ini tidak lagi mengharapkan penggantungan kepada ekonomi dan pekerjaan tradisional,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata sambutan Hari Belia Negara peringkat Selangor yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu, turut menyediakan segmen ‘Y-Career’ iaitu pameran kerjaya yang melibatkan lebih 26 buah syarikat menawarkan lebih 500 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok