Umum Ismail Sabri calon PM malam ini atau UMNO akan jadi pembangkang

August 17, 2021 · Politik

Tiada pilihan atau alternatif lain selain UMNO memuktamadkan keputusan malam ini dengan menamakan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri (PM) atau bersiap-sedia untuk menjadi pembangkang semula.

Malam ini UMNO mengadakan mesyuarat bagi memutuskan calon PM yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong esok dan setakat ini Ismail Sabri memiliki sokongan majoriti tertinggi selain nama-nama calon lain.

Jika UMNO membuat keputusan menukar nama Ismail Sabri, berkemungkinan besar rakan-rakan parti lain seperti PAS, Bersatu dan GPS yang sebelum ini membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak akan menyokong calon yang ingin diketengahkan mereka.

Sumber dalam memaklumkan terdapat usaha untuk membawa nama calon lain semasa mesyuarat malam ini, bagaimanapun Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan menerima tentangan hebat dikalangan Ahli-ahli Parlimen (MP) UMNO yang tidak bersetuju dengan beliau.

“Zahid mungkin cuba bawa nama calon lain, tetapi kami sudah sepakat untuk kekal dengan Ismail Sabri sebagai calon PM,” kata pemimpin senior UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz kepada Agenda Daily.

Nazri juga mengalu-alukan format baharu dalam Surat Akuan yang diarahkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat kerana ia akan mengelak berlakunya penipuan atau manipulasi oleh Zahid yang sudah berkali-kali menipu MP UMNO sebelum ini.

“Saya sokong format Surat Akuan yang diarahkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, ia bagi mengelak kami ditipu lagi oleh Zahid,” katanya tegas.

Terdahulu, Agenda Daily melaporkan hanya seorang sahaja nama calon PM baharu boleh dikemukakan oleh MP dalam Surat Akuan yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sumber dalaman mendedahkan kepada Agenda Daily, arahan tersebut dikeluarkan menerusi satu surat yang dihantar Yang di-Pertua Dewan Rakyat kepada MP untuk menyediakan Surat Akuan tersebut mengikut format yang sudah disediakan.

“Identifikasi yang secukupnya seorang sahaja Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh Yang Berhormat,” kata surat tersebut.

Menurut sumber lagi, MP yang menandatangani Surat Akuan tersebut perlu dijaga kerahsiaan sehingga keputusan muktamad mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi memilih calon PM yang baharu di Parlimen nanti.

Ketika ini, masih samar-samar individu yang memiliki majoriti terbesar untuk dilantik sebagai PM baharu.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini juga sedang merayu supaya semua parti-parti dalam blok tersebut menyokongnya sebagai calon PM baharu, namun majoriti dimilikinya menjadi pertikaian.

Untuk rekod, jika dilihat dari sudut parti politik, bukannya secara individu, jumlah yang menolak kepimpinan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak 120 MP. Namun perlu diingat bahawa daripada 120 MP itu masing-masing tidak menyokong antara satu sama lain.

Setakat ini, difahamkan rundingan masih sedang berjalan antara ketua-ketua parti bagi mendapatkan sokongan majoriti untuk memilih calon PM yang menjadi pilihan mereka.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
5 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok