UMNO menang tak lebih 50 kerusi, rakyat dah tahu penipuan mereka

October 2, 2022 · Politik

Ahli politik veteran dan bekas pemimpin UMNO Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik menjangkakan parti itu akan menang tidak lebih daripada 50 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangka diadakan tahun ini.

Ini kerana, kata bekas Ketua Menteri Melaka itu UMNO sedang berdepan masalah dalaman yang besar, perpecahan selain rahsia penipuan yang dilakukan pemimpin atasannya telah terbongkar di mahkamah.

Memetik Awani beliau berkata sebagai orang lama dalam politik, beliau berpendapat UMNO ibarat sebuah rumah besar, namun sudah buruk, berlubang, dipenuhi anai-anai dan sukar untuk diperbaiki.

Tambah beliau, faktor lain seperti masalah dalaman parti dan kes mahkamah melibatkan pemimpinnya membuatkan UMNO tidak akan menang begitu banyak kerusi dalam PRU-15.

“Dengan masalah dalaman, perpecahan dan rahsia bagaimana pemimpinnya menipu rakyat yang didedahkan secara undang-undang dan dalam mahkamah, orang dah muak.

“Pada perhitungan saya, selepas mendengar pandangan daripada sahabat, bacaan-bacaan… ‘mindset’ orang kampung berubah. Bila ada media sekarang menghuraikan bagaimana kelakuan, perangai, watak pemimpin UMNO, saya rasa kali ini mereka (rakyat) akan berhijrah.

“Dulu berhijrah daripada UMNO kepada Bersatu, sekarang daripada kerajaan UMNO kepada kerajaan Bersatu,” katanya.

Beberapa pemimpin atasa UMNO sebelum ini telah didakwa di mahkamah terhadanp pelbagai tuduhan jenayah, termasuk rasuah, penyalah gunaan kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah berbilion-bilion ringgit.

Kemuncaknya ialah apabila bekas Presiden UMNO yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dihantar menjalani hukuman 12 tahun penjara di Penjara Kajang, setelah rayuan akhirnya dalam kes SRC International ditolak.

Selain itu, Presiden UMNO sekarang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga masih berdepan tuduhan jenayah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan kes Yayasan Akalbudi, walaupun dia dibebaskan dalam kes lain di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Mengulas kerjasama Bersatu dan parti lain, Abdul Rahim berkata kerjasama politik seharusnya dimeterai sebelum pilihan raya namun dakwanya, parti yang berbincang dengan Bersatu hanya ‘sibuk’ dengan jawatan.

Menurutnya, perbincangan yang hanya berkisar kepada jawatan itu membuatkan kerjasama yang ingin dijalinkan sebelum pilihan raya gagal.

Begitupun, beliau tetap optimis Bersatu mampu mencatat keputusan yang baik dalam PRU-15.

“Saya yakin kalau Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu go alone (bergerak sendiri), kita boleh ambil risiko ini sebab kita tidak terhutang sangat kepada suasana yang mengecewakan rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Rahim turut memberi bayangan beliau akan membuat kemunculan semula pada PRU-15 ini, sekiranya mendapat restu daripada pucuk pimpinan Bersatu, parti yang disertainya sekarang.

“Saya akan bertanding di (Parlimen) Hang Tuah Jaya, mungkin…kalau jadilah,” jawabnya ringkas.

Meskipun sudah beberapa penggal tidak bertanding, beliau tetap yakin dengan peluangnya kerana menurutnya, masih ramai rakyat mengingati jasa beliau terutamanya ketika mentransformasi ekonomi Melaka ketika mentadbir negeri itu.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
15 jam lalu· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
15 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
22 jam lalu· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
22 jam lalu· Isu semasa
Popular
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
15 jam lalu · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
23 jam lalu · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
23 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
6 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok