UMNO kini sebahagian kerajaan, kenapa tiada keadilan untuk ayah? soal anak Najib

August 24, 2023 · Politik

Seorang anak lelaki bekas perdana menteri, Datuk Mohd Nazifuddin Najib membangkitkan isu keadilan terhadap bapanya, Datuk Seri Najib Razak yang sehingga hari ini masih tidak terbela.

Nazifuddin berkata UMNO kini sudah sebahagian daripada kerajaan campuran yang dibentuk bersama Pakatan Harapan (PH)-DAP tetapi masih tidak dapat mendapatkan keadilan untuk pemimpin utama mereka sendiri.

“Jika UMNO hari ini yang mana adalah sebahagian daripada kerajaan dan jaguh orang Melayu, kenapa kita (UMNO) tidak boleh mendapatkan keadilan untuk pemimpin kita sendiri.

“Jika Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia kedua) dipenjarakan hari ini dan bukan DSN (Datuk Seri Najib), adakah kita akan dapat keadilan untuknya?” soalnya menerusi kenyataan semalam.

Nazifuddin membangkitkan persoalan tersebut sebagai mengenang genap setahun tempoh ayahnya dipenjarakan.

Dalam pada itu Ketua UMNO Langkawi itu berkata, rakyat sudah bersuara bahawa ia bukan sekadar isu ekonomi dan keperluan asas tetapi isu prinsip serta hak asasi manusia sewaktu pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.

Beliau berkata, apa yang sedang berlaku kepada bapanya adalah sesuatu yang zalim dan cukup menyedihkan berdasarkan ulasan seorang Hakim yang menghakimi Najib mengenai dana RM42 juta.

“Duit ini yang bukannya dari hasil rompakan atau mana-mana sumber yang salah di sisi perundangan, bahkan bukan pula dari kantung KWAP (Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan) tetapi diberi oleh syarikat-syarikat perniagaan bagi tujuan CSR (tanggungjawab sosial korporat).

“Malahan terbukti berkali-kali oleh pihak bank dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dalam perbicaraan itu akan terdapatnya ‘money trail’ bahawa ayahanda turut menerima sekurang-kurangnya RM642 juta sumbangan mahupun derma dari Arab Saudi.

“Ini termasuk pindahan terus dari akaun bank Kementerian Kewangan Arab Saudi ke akaun ayahanda. Dokumen pembuktian ini telah pun ‘leak’ dan tersebar meluas di lapangan media sosial,” katanya lagi.

Sementara itu Mohd Nazifuddin berkata, beliau dan ahli keluarga tidak faham serta kecewa kepada rakyat yang bagaikan tidak menghargai jasa bekas Perdana Menteri itu dalam menaikkan negara sepanjang memegang tampuk pemerintahan negara.

Malah ujarnya, bukti kecemerlangan mudah diperoleh di saluran media sosial atau enjin carian dan bukan hanya rekaan keluarga itu untuk menceritakan kesedihan terhadap hukuman penjara terhadap bapanya.

“Setahun berlalu, keadilan buat ayahanda bagaikan sirna. Ayahanda masih di belakang tirai besi, masih cuba tersenyum untuk kita semua.

“Sejujurnya kami ahli keluarga DSN tidak dapat membendung rasa kecewa kerana setiap pengorbanan yang beliau lakukan dalam memberikan khidmat untuk rakyat dan negara ibarat mengorbankan nyawanya, tidak dihargai,” ujarnya.

Berita berkaitan
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
4 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
4 jam lalu· Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
16 jam lalu· Politik
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
17 jam lalu· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
17 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
23 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok