Tun Faisal, Ras Adiba sah sertai Perikatan Nasional, bantu kempen PRN

July 10, 2023 · Politik

Perikatan Nasional (PN) malam ini mengumumkan kemasukan dua tokoh yang akan membantu kempen di enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada Ogos ini.

Semasa program pelancaran jentera PN Negeri Sembilan malam ini, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Datuk Ras Adiba Radzi mengumumkan penyertaan bersama PN dan menerima watikah keahlian daripada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penyerahan itu turut disaksikan Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Tun Faisal sebelum ini dipecat keahlian UMNO oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ras Adiba merupakan mantan Ahli Dewan Negara yang terkenal dengan kerja-kerja kebajikan dengan masyarakat.

Ras Adiba sebelum ini dilantik sebagai Senator bagi mewakili golongan kurang upaya pada Mei 2020 lalu iaitu ketika pemerintahan kerajaan PN.

Beliau terdahulu turut menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang merupakan momen bersejarah kerana Malaysia kekurangan pemimpin kaum hawa lebih-lebih lagi daripada golongan kurang upaya.

Manakala, Tun Faisal yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, dilaporkan berkata beliau memilih menyertai Bersatu selepas mengambil kira peranan yang boleh dimainkannya dalam parti itu.

Selain itu, pada majlis sama Muhyiddin yang juga Pengerusi PN turut menerima borang keahlian daripada mantan Ketua Wanita PKR Negeri Sembilan, Azlimah Zamli dan Mantan Ketua Cabang PKR Jelebu, Yus Mazmu Ahmad Yusof.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman
March 5, 2022
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok