Tubuh RCI kes Najib demi keadilan, Pemuda UMNO gesa kerajaan

April 2, 2023 · Politik

Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) melibatkan kes mahkamah Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara bersabit hukuman rasuah SRC International Sdn Bhd.

Gesaan penubuhan RCI itu dibuat Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh yang mahu keadilan diberikan kepada bekas Perdana Menteri yang dihukum penjara selama 12 tahun kerana didapati bersalah dalam kes rasuah melibatkan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tersebut.

“Akur dengan keputusan mahkamah bermaksud menghormati keputusan dan tidak turun ke jalanan membuta tuli kerana itulah yang selalu ditekankan oleh Datuk Seri Najib ketika beliau berjumpa dengan Pemuda (UMNO) seluruh Malaysia.

“Tetapi bukan bermaksud kami setuju dengan apa yang telah diputuskan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Sabtu.

Gesaan itu dibuat Dr Akmal selepas mengambil kira hujah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli ketika mempengerusikan panel lima hakim dalam semakan kehakiman kes membabitkan dana SRC.

Terdahulu pada Jumaat, Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak permohonan bekas Presiden UMNO itu untuk menyemak sabitan dan hukuman dalam kes berkenaan.

Panel lima hakim yang bersidang membabitkan Abdul Rahman bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang, Datuk Nordin Hassan serta Datuk Abu Bakar Jais itu menolak semakan tersebut dengan majoriti 4-1.

Abdul Rahman dalam keputusan penghakimannya menyifatkan Najib tidak mendapat keadilan sewajarnya apabila peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik tidak mengemukakan rayuan selepas memaklumkan kepada panel hakim bahawa beliau tidak bersedia.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok