Tuan Ibrahim cabar Rafizi lapor SPRM, usah cari publisiti murahan

November 7, 2022 · Politik

Menteri Alam Sekitar dan Air kerajaan sementara Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika ada projek diluluskan selepas Parlimen dibubarkan.

Menurutnya pihak terbabit tidak perlu mereka-reka dakwaan dan membuat tuduhan tidak berasas menggunakan ungkapan tertentu hanya untuk mencipta cerita sensasi.

“Jangan cuba mencipta publisiti murahan dan berselindung di sebalik perkataan seperti ‘saya difahamkan’ atau ‘saya dimaklumkan’.

“Rakyat kini cerdik dan sedar tentang taktik untuk memberikan tanggapan buruk kepada pihak lawan dengan mencipta cerita sensasi dan kemudian memohon maaf atasnya,” tambah beliau menurut NST.

Tuan Ibrahim mengulas laporan hari ini yang memetik Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, yang mendakwa salah satu projek itu adalah projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion yang melibatkan Tuan Ibrahim.

Rafizi berkata beliau dimaklumkan oleh sumber kerajaan bahawa kementerian sedang dalam proses menganugerahkan projek itu melalui rundingan terus kepada syarikat milik individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan UMNO.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata beliau tidak pernah meluluskan sebarang projek di bawah kementerian itu sejak Parlimen dibubarkan.

Timbalan Presiden PAS itu juga berkata beliau tidak bercadang untuk meluluskan sebarang projek buat masa ini.

“Saya ingin menegaskan bahawa sejak Parlimen dibubarkan, saya tidak meluluskan sebarang projek di bawah kementerian.

“Malah, saya akan pastikan semua projek yang diluluskan kementerian mengikut semua prosedur kewangan.

“Saya tidak pernah campur tangan dalam hal melibatkan tender kementerian,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
12 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok