Tolak gelombang didalangi perasuah dalam PRN Johor

February 21, 2022 · Politik

Pengundi Johor digesa menolak gelombang kebangkitan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang didalangi individu rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada 12 Mac depan.

Ini kerana pihak terbabit mahu menggunakan demokrasi untuk melindungi individu-individu terbabit dalam rasuah dan salah guna kuasa, kata Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Menurutnya, PRN yang diadakan ini telah dipaksa oleh UMNO dan BN ke atas Bangsa Johor, bukannya dikehendaki oleh rakyat Johor dalam keadaan pandemik Covid-19 yang melanda sekarang.

“PRN ini diadakan kerana ada pemimpin UMNO yang terdesak, kalau tidak ada kuasa yang boleh disalahgunakan, ada pemimpin mereka yang akan masuk penjara.

“Disebabkan ketakutan itu mereka tidak ada pilihan dan gunakan pilihan raya serta gelombang penyokong mereka. Jadi adalah tanggungjawab kita untuk menolak gelombang yang cuba diwujudkan ini,” katanya ketika berucap dalam program Jelajah Penerangan Isu Semasa di Felda Taib Andak malam semalam.

Wan Saiful berkata, UMNO dan BN ketika ini memilih berdiam diri kerana pelbagai su ditimbulkan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) tidak mampu dijawab sebaliknya cuba mencari isu remeh sebagai modal politik.

“UMNO tidak dapat menjawab isu berkaitan kepincangan dan kerosakan Felda semasa di bawah pemerintahan BN, begitu juga kes-kes rasuah yang sedang dihadapi pemimpin tertinggi mereka.

“Sebaliknya, mereka mainkan isu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengejek nama dan maruah bapa Presiden UMNO, sedangkan gelaran ‘Zahid Komedi’ itu merujuk kepada perangai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Ada pemimpin UMNO yang mempunyai berpuluh kes mahkamah masih mampu berdiri depan orang ramai, tak malu ke, ini perangai badut. Kalau nak jaga maruah ibu bapa dan keluarga, kita kena fikir banyak kali sebelum songlap duit rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, individu berkenaan ‘belajar’ daripada bekas ketuanya yang tidak lagi mempunyai rasa malu selepas dituduh mahkamah kerana melakukan rasuah.

“Saya tak tahu bagaimana boleh wujud manusia seperti ini di muka bumi ini. Dia ajar rakyat, ajar masyarakat supaya berpegang kepada tidak perlu malu apa. Malu ini sebahagian daripada iman. Tiada perasaan malu maka tiada iman.

“Apa yang dia nak ajar kepada rakyat. Apa yang lebih pelik ada macai-macai dia menyokong. Malu apa bosku. Anak muda kena fikir adakah kita nak didik keluarga, membesar dengan didikan bahawa tiada perasaan malu, tiada masalah. Ini kita kena fikir secara serius,” soalnya.

Menurutnya lagi, disebabkan ketandusan isu UMNO memainkan isu Bersatu memecahbelahkan orang Melayu sedangkan apabila Bersatu mahu menyertai Muafakat Nasional (MN) untuk kesatuan Melayu, UMNO tidak ‘merestuinya’.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Jangan lupa DAP, PKR lebih banyak derhaka kepada Agong, Raja-Raja Melayu
August 4, 2021
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Perikatan Nasional yakin rampas Perlis daripada UMNO
November 8, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok