Perikatan Nasional yakin rampas Perlis daripada UMNO

November 8, 2022 · Politik

PERIKATAN Nasional (PN) yakin dapat merampas Perlis daripada UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Timbalan Presiden PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata keyakinan itu berdasarkan calon PN di Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang diyakini mempunyai pengaruh yang kuat.

“Shahidan, beliau ada pengaruh di Perlis. Insya-ALLAH kena dengan cara kita akan dapat mengambil Perlis selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Kita boleh ambil Perlis. Insya-ALLAH tambah lagi satu negeri di bawah pemerintahan kita dan berharap perkara ini akan berlaku dan menjadi satu titik perubahan yang baharu,” katanya lapor Berita Bersatu.

Beliau berkata demikian dalam Ceramah Perdana Jelajah Presiden PAS di Tawang, malam tadi.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata Shahidan dan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib sanggup bertanding atas PN di Parlimen Arau serta Maran pada PR-15 susulan dicantas parti mereka sebelumnya.

“Mereka tidak tercalon sebagai calon Barisan Nasional (BN) kerana dicantas disebabkan tidak bersetuju dengan cara pemimpin mereka.

“Kedua-dua mereka ini sanggup bertanding atas simbol kita. Calon kita juga sanggup berundur daripada bertanding untuk memberi laluan kepada dua calon ini,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
7 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Selepas dilantik TPM, Zahid puji Anwar pula lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
9 minit lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
1 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
4 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok