Tindakan gugur ketua pendakwa raya akan burukkan reputasi negara: Bersatu

August 8, 2023 · Politik

Bersatu menggesa supaya kerajaan campuran menjelaskan berhubung isu pengguguran Pendakwa Raya Kanan, Datuk Raja Rozela Raja Toran dalam perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Ketua Biro Perlembagaan dan Undang-undang Bersatu, Sasha Lyna Abdul Latif menyifatkan perkembangan terbaharu melibatkan pasukan pendakwaan dalam kes rasuah Presiden UMNO itu akan menjejaskan reputasi negara dan akan menyebabkan pelabur mempersoalkan usaha kerajaan dalam membanteras rasuah.

“Reputasi negara kita, dalam bentuk pelaburan dan perniagaan, akan terjejas susulan cara pendakwaan ini dikendalikan.

“Sebarang tanggapan bahawa terdapat campur tangan atau negara ini berlembut terhadap rasuah akan teruk menjejaskan reputasinya sebagai lokasi perniagaan.

“Tiada siapa mahu berniaga dengan rejim korup,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Awal hari ini, NST melaporkan Raja Rozela digugurkan sebagai ketua pendakwa raya, beberapa hari selepas spekulasi ketidakhadirannya di mahkamah ketika perbicaraan disambung minggu lalu.

Raja Rozela bagaimanapun enggan mengulas ketika dihubungi akhbar itu.

Zahid berdepan 47 pertuduhan – 12 pecah amanah (CBT), lapan rasuah, dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik YAB.

Antara pertuduhan CBT ialah beliau didakwa menjelaskan hutang kad kreditnya menggunakan YAB melalui 44 keping cek berjumlah kira-kira RM1.3 juta antara Januari 2013 dan Disember 2016.

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023· Politik
Peliwat bergema di Dewan Rakyat, Radzi bidas ‘saya yakin kamu peliwat’ kepada PMX
September 19, 2023· Politik
Permohonan akan dibuat untuk ketepikan tiga pertuduhan, kata peguam Muhyiddin
September 19, 2023· Politik
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
4 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
6 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
49 minit lalu
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok