Tindakan beku akaun Bersatu, DAP paling suka lihat parti Melayu ditindas?

February 5, 2023 · Politik

Pembekuan akaun parti Bersatu akan memberi kesan kepada persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada masa terdekat.

Prestasi dan sokongan dikalangan orang Melayu kepada Bersatu dan PAS semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) membimbangkan Pakatan Harapan (PH) yang hanya mendapat 11 peratus sokongan orang Melayu, paling takut semestinya DAP kerana mereka kini sudah berjaya menguasai UMNO.

DAP menyedari, UMNO kini bukan lagi musuh mereka kerana sudah tidak lagi mempunyai sokongan kuat daripada orang Melayu dan boleh dikatakan tidak relevan untuk membantu PH dalam menghadapi PRN nanti.

Jadi, tidak hairan serangan berterusan terhadap Perikatan Nasional (PN) perlu dijalankan dengan pelbagai apa cara sekalipun, ia termasuk langkah membekukan akaun yang diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Langkah membekukan akaun itu paling mengembirakan DAP kerana bimbang kebangkitan parti teras orang Melayu, PAS dan Bersatu secara tidak langsung dapat disekat terutamanya menjelang PRN yang semakin hampir.

Malah, semalam seorang pemimpin DAP secara terbuka menyatakan sokongan kepada SPRM untuk terus membekukan akaun Bersatu dan ia dilihat mempunyai motif politik yang bertujuan untuk melemahkan PN.

Kebangkitan orang Melayu semasa PRU-15 lalu menggerunkan DAP, usaha mereka memecahkan UMNO sudah berjaya dan kini sudah duduk sekatil dan kini usaha seterusnya adalah menghancurkan dua parti yang mendapat sokongan majoriti orang Melayu iaitu PAS dan Bersatu.

Jika dahulu UMNO menjadi sasaran serangan DAP, tetapi kini terbalik pula apabila UMNO kini sudah menjadi sahabat dan dianggap wira kerana menyokong PH dan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Semalam, Ahli Parlimen (MP) DAP, Chong Zemim menggesa supaya akaun parti Bersatu yang dibekukan SPRM diteruskan dalam siasatan yang sedang dijalankan ketika ini.

MP Kampar itu berkata SPRM perlu meneruskan tindakan terhadap Bersatu sama seperti yang pernah dilakukan sebelum ini dibawah kerajaan PH yang bertindak membekukan akaun UMNO dalam siasatan yang pernah dijalankan.

“Prosedur operasi standard SPRM adalah untuk membekukan akaun bank semasa siasatan berhubung dakwaan korupsi.

“Ketika UMNO disiasat semasa skandal 1MDB (1Malaysia Development Berhad), akaun bank parti itu juga dibekukan. Mengapa Bersatu, yang kini sedang disiasat, meminta keistimewaan agar pembekuan akaun mereka dibatalkan?” kata Chong, yang juga setiausaha publisiti DAP Perak.

UMNO sebelum ini juga dibekukan akaun mereka semasa PH mengambilalih kerajaan pada 2018 dan ia serba sedikit menjejaskan parti tersebut kerana tidak mempunyai sumber untuk membiayai parti mereka.

Nampaknya, langkah sama diulangi pula terhadap Bersatu dan kerajaan campuran mahu menekan parti musuhnya dengan menggunakan agensi kerajaan yang dikawal mereka ketika ini.

Alasan kononnya kempen PN mewah tidak masuk akal sama sekali, malah pemimpin PH juga dilihat berbelanja mewah dengan poster besar dan menggunakan helikopter sewa semasa PRU-15 yang lalu.

Bersatu sudah mencabar DAP dan PKR untuk mendedahkan akaun parti mereka, tetapi sehingga hari ini masih membisu dan tidak memberi jawapan.

Mengapa takut pula DAP dan PKR mahu mendedahkan akaun mereka?

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
15 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Zakir Naik akan kembali ke Malaysia, bagaimana pendirian DAP?
March 28, 2023· Isu semasa
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
6 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
17 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
18 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
18 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok